jumpa lagi... jangan lupa muhasabah diri yee... ^-^

~jangan dipinta ringankan ujian tapi pintalah ditingkatkan iman...~

~jangan dipinta ringankan ujian tapi pintalah ditingkatkan iman...~

Friday, September 30, 2011

~sambungan koleksi mutiara kata~

jangan di pinta ringankn ujian tapi pintalah ditingkatkan iman...


Ya اَللّهُ, mengapa wanita sering menangis?

Jwbnya: Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakan ia sbg makhluk istimewa,
KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,
... KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,
KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,
KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah,
KU beri dia naluri utk mencintai anak2 dlm keadaan apapun,
KU kuatkan batinnya utk ttp menyayangi walau dikhianati oleh teman,
walau disakiti oleh "orang" yang ia sayangi
Wanita mahluk kuat,
tapi jika satu saat dia menangis itu kerana KU beri dia air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

"WANITA..KAMU ISTIMEWA"




Berilah hatimu hanya untuk Allah, pasti Allah temukan padamu pemilik yang terbaik. Hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah, pasti Allah aturkan seluruh kehidupanmu sebaiknya.


Teruslah berlari, hingga KELELAHAN itu lelah mengejarmu..
Teruslah bergerak, hingga KEBOSANAN merasa bosan bersamamu..
Teruslah berjalan, hingga KELETIHAN merasa letih mengikutimu..
Teruslah berjaga, hingga KELESUAN menjadi lesu menemanimu..
Teruslah bersinar, hingga KEGELAPAN ini berganti sinar yang terang..:)

✿..Hati tidak mendustakan apa yang telah dilihatnya, apa yang dilaluinya..apa yang cuba dirungkainya..✿



Kawan apalah yang kau kesalkan
Kerana Tuhan kau kehilangan kawan
Kerana kebenaran dihina
Jangan kau ragu dalam keimanan

Kadang-kadang kawan jadi lawan
Kadang-kadang lawan jadi kawan
Apalah disedihkan hati
Setiap insan di dalam kekurangan

Jangan sedih selalu tersisih
Bukan kau saja ditimpa malang
Ingatlah para Rasul mulia
Lebih terseksa menderita
Mereka bahagia dalam derita
Mereka kaya di dalam papa

Mereka memadai dengan Tuhannya
Itulah kebahagiaan
Di waktu sempit seorang diri
Kawan janganlah disedihkan hatimu

Tetapi mereka merasai ramai
Walaupun keseorangan
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, September 28, 2011

~koleksi mutiara kata~

perkongsian utk semua... ^_^

Tetap TERTAWA walau sebenarnya aku ingin MENANGIS..
♥ Tetap TERSENYUM walau sebenarnya aku KECEWA..
♥ Tetap KUAT walau sebenarnya aku sudah TAK SANGGUP lagi..
♥ Tetap SEMANGAT walau aku TERTEKAN oleh masalah..
♥ Dan yang terpenting tetap SABAR dan memandang segalanya baik saja
walau sebenar nya hatiku LEMAH dan sdg TERLUKA...:)



Muslimah acuan Al-Quran
Ialah seorang muslimah yang beriman
Yang hatinya penuh rasa cinta kepada Tuhannya Yang Satu
Yang hatinya merindui satu pertemuan abadi
yang hatinya meratap sedu di hamparan sejadah
Yang sanggup menitiskan mutiaranya yang berharga
Demi kasih suci Ilahi

Muslimah acuan Al-Quran
Ialah muslimah yang menjaga bicaranya
Yang menjaga adabnya
Yang tidak takut berkata benar
Yang tidak gentar dijengah mehnah
Walau nyawa jadi taruhan

Muslimah acuan Al-Quran
Dialah wanita yang dijanjikan Tuhannya
Sebuah syurga sebagai mahligai kasihnya
Dialah penghulu bidadari suaminya
Dialah wanita solehah buat agamanya

Muslimah acuan Al-Quran
Ialah muslimah yang tegas
Tegas dalam menegakkan daulah islamiyyah
Tegas dalam hidup yang ditarbiyyah
Dengan pelita iman bersumbukan taqwa

Muslimah acuan Al-Quran
Ialah muslimah yang bersifat qanaah
Baginya kekayaan duniawi hanya sementara
Baginya dunia hanya untuk meraih keuntungan akhirat
Baginya cukuplah alQuran sebagai harta abadi

Muslimah acuan Al-Quran
Ialah muslimah yang tunduknya demi agamanya
Yang hatinya disuburkan dengan semangat juang
Yang solatnya dilakukan dengan tawaduk
Yang suaranya lunak dengan Qalamulllah
Yang menjadikan zikrullah halwa ketenangan
Yang meletakkan Deen sebagai pakaian hidupnya

Benar dia bukan Khadijah, wanita kesayangan Nabi
Benar dia bukan Sumayyah, wanita cintakan syahid
Benar dia bukan Rabiatul Adawiyah, wanita yang merindui cinta Tuhannya
Namun, dialah wanita yang akan menjadi kesayangan suami solehnya
Dan, dialah wanita yang rela syahid dalam manhaj islamDan,
Dialah wanita yang mencari redha suaminya demi redha Tuhannya.



ya Allah jgn biarkn mataku melihat benda yg haram..
jgn biarkn telingaku mendengar benda yg haram..
jgn biarkn mulutku makan benda yg haram..
jgn biarkn mulutku berkata-kata benda yg haram..
jgn biarkn otakku berfikir benda yg haram..
jgn biarkn tanganku memegang benda yg haram..
jgn biarkn kakiku melangkah ke tpt yg haram



p/s: sampai di sini dulu ye.. to be continue ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, September 18, 2011

~nota cinta buat bakal-bakal suami~

sedikit perkongsian cerita yang saya baca...
cerita ini btl2 memberi kesan yang mendalam bagi mereka yang btl2 ingin fhm...
jom sama2 baca...

Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)



“Kerja, kerja, dan kerja. Aku bosan dengan semua ini.”, getus hati kecil Izhar yang merasakan hidupnya sekarang sunyi dan sepi. Izhar merupakan seorang peguam di mahkamah syariah dan bertugas sebagai seorang pendakwa raya.

”Hari-hari berhadapan dengan kes-kes penceraian, khalwat”, bagaikan tertekan dengan kesibukan kerjayanya sehingga diri sendiri seakan tidak terurus. “Hidup bersahabat memang berbeza dengan hidup berteman”, tiba-tiba sahaja tersentuh hati Izhar untuk mencari pasangan setelah sekian lama dia hidup bersendirian.

Dengan ini, bermulalah kisah si Ustaz dalam mencari pasangan hidupnya. Dengan langkahnya pertama, usaha Izhar telah bertemu dengan seorang gadis. Namanya Alfatunnisa’. Cantikkan namanya, begitulah juga parasnya, secantik namanya. Gadis ini adalah rakan sekampus kawan Izhar semasa menuntut di Jepun dahulu.

Alfatunnisa’ adalah anak orang ternama, anak Tan Sri Ahmad. Gugup juga Izhar apabila hendak berhadapan dengan Tan Sri. Tetapi itu dulu, sebelum Izhar kenal dengan Tan Sri. Sekarang hubungan mereka nampaknya sudah rapat seperti saudara sendiri. Mungkin itulah yang dikatakan jodoh. Sebenarnya perkenalan dengan gadis ni bukanlah lama, sekejap saja. Mereka memang merancang untuk mendirikan rumahtangga bersama namun semakin lama dikenali, gadis itu seakan sudah banyak berubah.


”Mungkin ini bukan jodohku, aku tak tahu erti cinta. Adakah aku tertarik padanya ataupun pada hartanya. Nauzubillah, ya Allah, selamatkan diriku daripada godaan syaitan”, hati Izhar berbisik dan berdoa sendirian.

Pada langkah pertama, Izhar gagal menemui cinta hatinya. Pencarian Izhar tidak berakhir hanya di situ. Akhirnya semasa menguruskan kes anak guamannya, Izhar tertarik pula dengan anak kepada anak guamannya. Surina namanya, berasal daripada keluarga yang sederhana, Orangnya bijak bekata-kata. Akhirnya Izhar terpancing jua. Sesungguhnya Allah mengetahui segala-galanya.

Pada suatu hari, Izhar terserempak dengan Surina di salah satu pasar raya berdekatan bersama seorang jejaka, mesra sekali lagak mereka. Setelah disiasat, sungguh tidak disangka-sangka bahawa Surina yang sangat petah dan bijak berkata-kata selama ni sanggup berdusta dan mengambil kesempatan. Surina sebenarnya bekerja di kelab malam.

”Astaghfirullahal azim.. Alhamdulilah, aku bersyukur padamu ya Rabbi, Engkau menyelamatkanku daripada segala bencana, sekiranya aku berkahwin dengan keturunan seperti ini, amatlah pedih untuk aku melalui sisa-sisa hidup ini”, syukur Izhar atas segala petunjuk daripadaNya.

Setelah kecewa dengan gelagat cinta yang baru ditemui itu, Izhar sepertinya sudah putus harapan. Bagi Izhar, biarlah masa yang menentukan kerana dia yakin akan ketentuan Allah.

Bulan silih berganti, hari demi hari, putaran jam meninggalkan masa-masa yang lalu. Izhar semakin sibuk dengan menguruskan firmanya. Suatu hari, Izhar menghadiri mesyuarat untuk satu program yang disertainya, program “Selamatkan Jiwa”. Mesyuarat pada hari itu pula melibatkan seluruh mahkamah syari’ah di kawasan tersebut. Dalam kalangan ahli jawatankuasa yang datang, Izhar terpandang ke arah seorang wanita yang dirasakan amat berbeza dengan wanita-wanita lain. Sangat pendiam orangnya.

Diam-diam ubi berisi, namun apabila melontarkan idea, cukup bernas! Memang cantik orangnya. Sopan dan berjubah adalah penampilan yang dipilih. Tidak hairanlah kerana gadis ini merupakan alumni Universiti Al-Azhar, dan ayahnya adalah imam di kampungnya. Izhar akhirnya mengambil kata putus untuk menulis sepucuk surat untuk menyatakan isi hatinya.

Salam perkenalan buat saudari Sa’adatul Sakinah…

Dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim, saya meminta izin daripada saudari untuk mengenali dengan lebih dekat lagi. Saya amat tertarik dengan saudari, pandangan mata yang penuh keihklasan melontarkan idea-idea yang bernas untuk melakukan kebajikan di jalan Allah. Mungkin Allah telah mempertemukan kita, dalam situasi yang sama.

Dirimu yang sempurna, memperjuangkan kalimah suci Allah membuatkan saya tertarik dengan saudari. Tidak sepertimana perempuan-perempuan di luar sana yang pernah saya kenali. Andainya diri tidak berpunya, izinkan saya untuk melamar awak sebagai isteri saya yang sah.

Ikhlas, Izhar…


Warkah Izhar kemudian disambut dengan sebuah nota..

Wassalam saudaraku Muhd Izhar…

Buat saudara yang baru ku kenali, sesungguhnya pertemuan dan perpisahan adalah milik Allah, Dialah yang berhak mengaturkan segalanya. Sudi-sudikanlah menghayati nota-nota yang ku tulis buatmu…

Wahai saudaraku.. Cinta pertama mengukir peristiwa, menguggat pelbagai perkara. Ketahuilah saudara, jangan mempercayai pada pandangan mata, ia hanya pandangan syaitan durjana. Usah memujiku lebih darinya, kiranya diri ini masih kurang seadanya, idea hanyalah pandangan manusia, belum tentu betul pada pandangan yang Esa. Sempurnaku tak sempurna Nabiku, kerana aku hanya manusia biasa, dan ketahuilah sahabat, manusia tidak akan pernah sempurna.

Wahai saudaraku.. Janganlah kau membanding-bandingkan diriku dengan insan lain, sesungguhnya Allah tidak menyukai hambaNya mempersoal mengenai keburukan mereka. Kiranya engkau membenci kemaksiatan, tugasmu adalah membawa mereka berhijrah dan tidak sesekali berhujah untuk menyemarakkan lagi hati mereka.

Kiranya aku jatuh cinta padamu, itu kerana aku jatuh cinta pada kesederhanaanmu, dan kiranya aku membenci dirimu, tidak bermakna aku membenci dirimu, tetapi aku membenci egomu. Ingatlah wahai Adam, manusia adalah sama, hiris tangan, pastinya darah yang mengalir adalah merah. Hanya Allah yang dapat membezakan hambanya, dan kita sebagai hamba tidak layak untuk membuat penilaian.

Andainya kamu mencintaiku kerana Allah yang maha Pencipta, sesungguhnya aku belum berpunya, diriku hanyalah untuk Dia. Aku menerima lamaranmu dengan hati yang terbuka, Kiranya ini menambahkan ketaqwaanku padaNya. Inilah nota-nota cintaku buatmu lelaki yang akan bergelar suami..


“Astaghfirullahal ’azim… Astaghfirullahal ‘azim… Astaghfirullahal ‘azim… Ampunkan dosaku ya Allah. Sesungguhnya selama ini aku telah tewas dalam permainan cinta. Terlampau mengejar cinta, aku telah melakukan dosa pada mereka. Sesungguhnya diriku kerdil di hadapanMu ya Rabbi. Aku sememangnya tidak layak untuk menghukum manusia, sesungguhnya aku seorang hamba seperti mereka”, doa Izhar selepas menunaikan solat tahajjudnya.

Izhar kini bersyukur kerana telah dikurniakan oleh Allah seorang isteri yang solehah, mampu memandu hidupnya dan saling melengkapi dan memperbaiki dalam kesilapan masing-masing. Dia tersedar akan kesilapannya terhadap Surina dan Alfatunnisa yang gagal menemukan mereka kepada kebenaran. Yakinlah bahawa sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah dan masanya pasti akan tiba.

*pesanan untuk kaum adam, jadikan agama sebagai syarat utama jgn nafsu menguasai dirimu...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

kISAH POKOK SEMALU DAN WANITA MODEN



Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan
tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, September 17, 2011

~Tudungku mahupun pemakaianku, bukan tanda keimanan.. tapi cintaku pada Rabbi....~

apa pandangan kalian bila melihat sesosok tubuh wanita yang elok dibungkus tanpa mempamirkan auratnya yang berhak dipaparkan buat mahramnya sahaja? ku pasti, kalian juga sepertiku.. pasti memandang tinggi padanya.. melihat caranya sahaja, ku pasti kalian juga akan memuji Allah atas rahmat-Nya buat wanita itu.. pasti, yang terdetik dihati kalian adalah betapa tinggi iman & taqwanya, betapa hebat martabatnya kerana kita tahu, luaran ternyata 90% mencerminkan peribadi.. moga kata-kataku yang seterusnya ini, tak mendatangkan fitnah buat diriku jua hatiku.. moga-moga Allah melindungi aurat hatiku, menjaga tiap coretanku.. Aamiin... Bismillah....
Ternyata aku, telah Allah titipkan satu bonus yang calang-calang orang memperolehinya, hijabku... ku lebarkan hingga menutupi separuh badanku, (segala puji pada-Mu ya Allah..) pakaian yang ku sarungkan.. menutupi tiap bahagian tubuhku moga-moga tergolong dari kalangan hamba-Mu yang diredhai.. hadis kekasih Rabbi, ku ingat selalu.. "wanita perhiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah.." aku ingin menjadi salah satu darinya... setelah pengakuanku nyatakan.. jangan kalian menilai tahap iman juga taqwaku, semuanya rahsia Allah..
Banyak dugaan yang dihadapi kerana perjuanganku menempuh syariat Allah... pandangan manusia buat aku tertunduk malu, aku malu pada Rabbi! masih banyak kurangnya pengetahuanku.. pesan naqibahku, ku sematkan utuh dikalbu, "tudung labuh bukan tanda keimanan, tapi bonus hidayah dari Allah.. selagi menutup aurat dengan sempurna, sudah tertegak syariat Allah.. iman bukan terlihat pada panjang mana jilbab yang disarungkan.. tapi, terlihat pada betapa tegar kita menegakkan al-Quran & Sunnah sebagai panduan hidup.." belum sempurna pada diriku ya Allah.... yang ku lakukan hanya kerana cintaku pada-Mu...


tika mata memandang pada indahnya luaran,
jangan terus dipuji pada yang terzahir dihadapan mata tika itu,
nilailah dengan pandangan iman,
jangan dipuja yang didepan mata,
namun... ucapkanlah syukur atas nikmat dari Rabbi yang diberikan untuknya...

tika hati terpesona pada indahnya yang terzahir,
ingatlah bahawa semua itu milik Allah,
Dia yang berhak mengubah sesuatu apapun,
yang indah itu bisa jelek dengan kehendak-Nya,
maka, jangan terus dipuja-puja,
kembalilah pada Rabbi yang memiliki....

tika jiwa merasa terkesan dengan pesona ciptaan Ilahi,
jangan diucapkan terima kasih padanya atas terkesannya jiwamu kerananya,
tapi, ucaplah syukur pada Allah yang memberikan pesona itu padanya,
doakan rahmat buatnya dan doakan moga pesona itu jua melingkarimu,
dalam rahmat & redha-Nya...


ku ucapkan terima kasih pada Rabbi,
atas bonus kurniaan-Nya...
hingga bertambah cintaku...
moga aku dipertemukan di syurga abadi,
dengan-Mu.. KEKASIHku.......


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, September 15, 2011

Pesan Imam Hassan Al Banna

Bagi para dai dan murobbi, mari kita tunaikan sepuluh wasiat ini. Ia adalah resipi mujarab buat pengubat umat. Kaedah yang teruji sepanjang perjalanan waktu hingga kini. Mari kita amalkan.

1. Bangunlah segera untuk melaksanakan shalat apabila mendengar adzan walau bagaimanapun keadaanmu.

2. Baca, telaah dan dengarkanlah al- Qur'an, berzikirlah kepada Allah dan janganlah engkau senang menghambur-hamburkan waktumu dalam masalah yang tiada faedahnya.

3. Bersungguh-sungguh untuk boleh berbicara dalam bahasa arab yang fasih.
(InsyaAllah, mahirkan bahasa melayu dahulu kerana medium dakwah kita yang paling utama di Malaysia ialah umat islam melayu. Tetapi harus diingat, bahasa arab juga penting kerana ia adalah bahasa Al Quran)

4. Jangan memperbanyak debat dalam percakapan kerana itu tidak akan mendatangkan kebaikan.

5. Jangan banyak tertawa kerna hati yang selalu berkomunikasi (berzikir) dengan Allah sifatnya aman dan tenteram.

6. Jangan suka bergurau kerana umat yang berjihad akan senantiasa berusaha bersungguh-sungguh.

7. Jangan mengeraskan suara di atas suara yang diperlukan pendengar, kerana hal itu akan menganggu dan meyakiti.

8. Jauhilah ghibah (mengumpat) atau menyakiti hati orang lain dalam bentuk apa pun dan janganlah berbicara kecuali yang baik.

9. Berkenalanlah dengan setiap saudara yang saudara temui kerana asas dakwah kita adalah saling kenal-mengenal dan berkasih sayang.

10. Pekerjaan utama kita adalah tertumpu pada waktu yang tersedia, maka tolonglah saudaramu untuk memanfaatkan waktunya, dan apabila kalian punyai keperluan maka sederhanakanlah dan cepatlah diselesaikan.

remaja2 zaman skrng bnyk mengabaikn benda2 ni...
mereka bnyk hanyut dengan arus duniawi...
wahai syabab sekalian bangunlah n bangkitlah sume..
keadaan dunia pada masa hadapan dpt dilihat dari keadaan generasi hari ini..
jika generasi hari ini rosak, maka rosaklah keadaan kita suatu hari nnti..
pada akhir zaman hanya umatnya yg terpilih shaja akan kekal dlm jalan dakwah..
harap2 shabt2 adalah org yg terpilih tersebut walaupun golongan tersebut adalah sedikit...
ayuh bngkit sume...
ISLAM harus d amalkan sebaiknya...

jom sama2 amalkan... ^ _ ^

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

~ empat penghalang dekat pada Tuhan~

imam ghazali di dalam MINHAJUL ABDIN ada menyenaraikn 4 ujian yg menghalang manuisa utk dekatkn diri kepada Allah S.W.T

1- DUNIA
dunia menghancurkn ramai org dgn kelazatan & keindahan.
hari ini ramai org yg menjadi tidak normal kerana mengejar glamor.

2- MANUSIA
manusia jg kadang2 menjadi penghalang kebaikan..
cth: suami yg mendera anak2 n isteri2
: pemimpin yg menyalahgunakan kuasa jg sering kali menjadi penghalang kepada
kebaikan

3- HAWA NAFSU
hawa nafsu dan manusia x dapat dipisahkan.
apabila x di kawal, hawa nafsu bertukar menjadi haiwan yang tidak memahami erti tanggungjawab

4- SYAITAN
syaitan musuh manusia yg nyata
dia bersumpah utk menghancurkan semua manusia tidak kira siapa.. berwaspadalah...


sahabat2 sekalian janganlah kita terpengaruh dengan dunia..
jangan letakkn dunia di hati, tp letaklah ia sekadar di tgn..
sesiapa yg mampu mengawal nafsu dunianya, insyaALLAH berjaya dunia akhirat..

pesanan utk semua: jika hendak menjadi manusia, jgnlah jd manusia biasa, jdlah manusia luar biasa yg mmpu menyumbng bakti utk org lain... ^ _ ^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, September 12, 2011

~sahabat~

assalamualaikum semua... apa khbar? sihat? harap2 semua dalam keadaan sihat...
hari ni nk cerita sikit ttg insan yang bernama sahabat...

bagi saya sahabat adalah insan yang sangat penting baGi saya...
sahabat2lah penguat diriku untuk terus berjuang...
sahabat2lah teman terbaik ku..
sahabat2lah pemandu arahku...

saya ingin meminta maaf kepada sahabt2 yang telah saya sakiti, menyinggung atau abaikan...
tiada niat di hati untuk berbuat demikian...
tp saya ini adalah manusia biasa yang lemah...
petunjuk dr Allah sentiasa di dambakan....

sahabt2 semua maaf ye atas salah silap...
itu aje yang mampu di ucapkan...
tidak tenang saya memikirkan keadaan sahabat2 yang telah saya abaikan atau membuat ia tersinggung...
`sahabt2 maafkan diri ini`

harap semua sentiasa memberi sokongan kepada diri ini yang memerlukan sokongan sahabat2 untuk terus berjuang...
sahabt2 lah yang sentiasa memberi semangat...
terima kasih sahabat...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, September 8, 2011

~kahwin~

cuti 4 bln ni ramai dari sahabt2 saya yang melansungkan perkahwinan...
tahniah di ucapkan kepada semua...

"Barakallahu lakuma, wa barak 'alaikuma wa jam'a bainakuma fii khair, wa razaqakuma zurriyatan tayyibatan tanfa'ul islam wal muslimin"

Maksudnya:
"Semoga Allah membarakahi kalian dan melimpahkan barakah kepada kalian, dan mengumpulkan kalian dalam kebaikan, serta mengurniakan kalian zuriat yg memberi manfaat kepada islam dan muslimin keseluruhannya"

semoga Baitul Dakwah yg dibina mmperteguhkan langkah dan melonjakkan lagi amal dakwah kalian insyaAllah serta beroleh mawaddah, sakinah wa rahmah dalam rumahtangga. Ameen.. (",

renungan utk sahabat2

"Aku terima nikahnya dgn si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM..”

Itu yang tersurat. tersirat? ini dia,

“Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bkn lg ibu bapanya tanggung, & aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku”

semoga mampu melahirkan golongan seperti Umar Abdul Aziz, Sultan Muhammad Al-Fateh, Salahudiin al-Ayubi dan ramai lagi tokoh2 hebat...


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

~persiapan~


sblom menjadi seorang daie atau pendakwah yang berkesan beberapa persiapan perlu dilakukan....

dalam buku Alaamat Duiyyah Ala Thariq ad-Dakwah(DR MUHAMMAD JAMIL GHAZI), menukilkan kata2 Sufyan at- Thauri yg bermaksud:

'janganlah manusia mengajak kepada makruf & mencegah kemungkaran melainkan ada 3 ciri padanya iaitu LEMAH LEMBUT, ADIL & BERILMU pada apa yg diseru dan dicegah'

Abdul Laith as-Samarqandi dlm kitab TANHIBUL GHAFILIN menyatakan persiapn umum pendakwah kepada 5 iaitu:

*ILMU
*KEIKHLASAN
*KASIH SAYANG & KELEMBUTAN
* KESABARAN
* MENGAMALKAN APA YANG DISAMPAIKAN

tapi apa yang penting adalah ilmu..
oleh itu jom shbt2 sume kita sama2 menuntut ilmu supaya kita mempunyai benteng yang kukuh, dan langkah kita menjadi mantap... ^_^



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, September 3, 2011

~buku terbaru~


baru2 ni bekesempatan ke popular...
beberapa buKu sempat di beli..
ni antara buku yang sempat di beli...




buku ni insya-ALLAH akan diongsikan pengisian buku tersebut..
tp x tau g bila boleh kongsikan 2.. heheh.. bergntung kepada masa yang ada...


best buku ni...



kepada sume jdkn membaca jmbtn ilmu ye.... ^_^
2 je entry kali ni....
~ selmat ary raya~

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed