jumpa lagi... jangan lupa muhasabah diri yee... ^-^

~jangan dipinta ringankan ujian tapi pintalah ditingkatkan iman...~

~jangan dipinta ringankan ujian tapi pintalah ditingkatkan iman...~

Tuesday, December 27, 2011

~sedikit renungan~

selawat dan salam buat junjungan besar Baginda Nabi Muhammad S.A.W kerana dgn asbabnya Baginda, hari ini kita diberi ruang dan kesempatan utk terus menapak dan bernafas di atas bumi Allah SWT dgn nikmat terbesar iaitu, nikmat IMAN dan ISLAM ^^
jom koreksi diri sebagai hamba, tanya diri kita

1. dari mana kita dtg?
2. utk apa kita hidup?
3. ke mana kita bakal dikembalikan?

jawab dgn akal dan hati yg merendah kpd-Nya
hakikat seorang hamba ----> bakal2 jenazah
apa yg bakal di bawa

sekadar segulung ijazah first class duniawi atau kedua-duanya skali (ukhrawi)
menuntut ilmu adalah suatu ibadah
maka, jadikan ia asbab kamu mampu bertemu Allah
jgn, jadikan ia punca kamu menjadi penyembah dunia

wallahu'alam ^^
bitaufiq wannajjah fil imtihan
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, December 5, 2011

ANTARA DAKWAH DAN HOBI? APA PILIHAN ANDA?

di bawah terdapat satu kisah menarik yang telah di baca. kisah terssebut seperti di bawah..
harap sume dapat ambik pengajaran.. ^__^

Adik : Kak, dakwah tu wajib ke?

Kakak : Ye dik. Dakwah tu wajib bagi semua umat Islam. Seperti hadis Nabi SAW "Sampaikanlah dakwah walau satu ayat". Adik seronok tak jadi umat Islam?

Adik : Mestilah seronok kak. Saya seronok sangat dapat berpuasa di bulan Ramadhan, beraya di bulan Aidilfitri, seronok dengar nasyid, fesyen busana muslimah pun cantik-cantik malah orang-orang Islam banyak yang baik hati. Hehe.

Kakak : Kalau mahu seronok, kenalah berkorban untuk Islam,dik. Komited dalam pengorbanan. Tak bolehlah seronok untuk dapatkan kepuasan nafsu kita sahaja, tapi dakwah ala kadar. Macam sikap orang Melayu "senang aku buat, susah aku tinggalkan". Menyembah Allah janganlah hanya di tepi.

"Dan di antara manusia ada yang menyembah Allah hanya di tepi, maka jika dia memperoleh kebaikan (kesenangan dunia) dia merasa puas, dan jika dia ditimpa suatu cobaan (musibah) dia berbalik ke belakang (murtad). Dia rugi di dunia dan di akherat. Itulah kerugian yang nyata." - Surah Al-Hajj (Ayat 11)

Adik : Tapi kan kak, kite kan 'busy'. Macam-macam benda nak kena buat.

Kakak : Emm...kita kena bezakan ikut keutamaanlah,dik. Mana satu yang lebih utama?

Adik : Antara 'study' dengan dakwah ke? Hari tu, adik ada dengar satu pengisian, study no.1 tapi dakwah bukan no.2. Kak, boleh tak kita buat kerja dakwah bila 'free' je?

Kakak : Haa..cuba adik fikirkan dakwah ni amanah, tanggungjawab, minat atau hobi?

Adik : Tentulah amanah kak. Tanggungjawab bagi setiap muslim yang telah mengucap syahadah.

Kakak : Tanggungjawab bukanlah penghalang untuk meminati sesuatu mahu pun mengembang minat. Minat seharusnya ditambah seiring dengan hobi. Walaupun hobi itu jarang sekali dilaksanakan.Dakwah juga bukanlah penghalang untuk teruskan hobi yang sudah sebati dalam diri kita. Hobi dan minat mungkin sebenarnya satu wasilah untuk dakwah. Apa hobi adik ye?

Adik : Err...adik suka menulis blog,kadang-kadang suka edit video. Tapi suka-suka je kak.

Kakak : Baguslah begitu. Tak salah bukan kalau kita gunakan hobi untuk berdakwah pula. Lagipun kita sedang berada dalam generasi Y dan Z, iaitu generasi celik internet. Jadi, dakwah kita pun kenalah lebih inovatif dan kreatif.

Adik : Owhhh....baru saya faham kak. Minat saya sebenarnya ada tiga. Tiga bidang yang cukup berbeza dalam tiga dunia yang berbeza. Perubatan, agama dan sains komputer. Antara logik, wahyu dan kreatif. Sebenarnya, agak sukar sekali nak menemukan tiga dunia ini. Tapi alhamdulillah bagi saya, ia satu kelebihan. Saya dapat kaitkan dan hubungjalinkan "mereka" bertiga di kotak minda saya yang satu.

Kakak : Allahuakhbar! Hebatnya adik! Dakwah kita ini dakwah hati. Untuk berdakwah, sememangnya kita harus memenangi hati manusia, selagi mana ia tidak berkompromi dengan prinsip Islam yang kita imani. Kalau kita gunakan medium-medium Barat mahu pun men'ciplak' teknologi Yahudi untuk memperluaskan agenda islamisasi, itu adalah satu kemestian.


Sungguh, tidak ada dakwah tanpa kasih sayang. Kalau kita tidak dapat mengasihi manusia itu, kita tidak akan mampu men'dakwah'nya membawanya kepada Allah. Hinggakan, kerana kasih sayang ini, kita tidak akan fikir dua kali pun untuk mengorbankan wang, tenaga dan masa kita demi membawanya kepada Allah Taala. Apa sahaja. Mintalah masa ini untuk ummah.

Dakwah itu satu kewajipan bagi setiap insan muslim yang mengaku bersaksi dengan kalimah suci 'Laailahaillallah Muhammadurrasulullah'.

"Kenapa kita perlu berdakwah? Bukankah kita ini khalifah Allah? Manusia ini tidak sempurna, ada sahaja kesilapan yang sengaja dibuat ataupun tidak sengaja. Namun, itu bukanlah alasan untuk tidak terus berdakwah. Manusia bebas menggunakan apa sahaja wasilah yang ada, selagi ia tidak bercanggah dengan syarak."

Dakwah : Antara amanah dan hobi? Apa pilihan anda?

"Sesungguhnya bai'ah (sumpah setia) dalam perjuangan bukan sekadar pada lafaz yang disaksikan. Bukan hanya tandatangan dan mengisi borang. Namun yang paling penting, bila mana kita berbai'ah, diri kita bukan lagi diri kita yang sebelumnya. Diri kita bukan lagi milik diri kita sepenuhnya, tetapi diri kita milik sepenuhnya kepada perjuangan Islam, di mana ada tuntutan Jihad, di situlah kita akan berada dan bekerja hingga ke akhir hayat kita dengan meletakkan sepenuhnya Al-Jihad Fi Sabiluna"

Komited dalam pengorbanan.

-artikel iluv islam
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, November 28, 2011

PESAN UMAR R.A

PESAN UMAR R.A:

1- Sesiapa yang banyak ketawa, maka wibawanya sedikit
2- Sesiapa yang suka meremehkan orang, maka dia tentu akan diremehkan orang
3- Sesiapa yang memperbanyak sesuatu, maka dia akan dikenal dengan sesuatu itu.
4- sesiapa yang banyak bicaranya, tentu banyak pula dosanya
5- sesiapa yang banyak dosanya, maka tentu sedikit rasa malunya
6- sesiapa yang sedikit rasa malunya, maka sedikit pula sifat waraknya
7- sesiapa yang sedikit sifat waraknya,maka hatinya akan mati

jom sama2 muhasabah diri.. bagaimana tahap keimanan kita....


YA ALLAH, BUKAKANLAH JIWAKU KEPADA SESUATU YANG ELOK DAN BERMANFAAT.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

DAMBA KASIH

Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan

Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, November 25, 2011

~RENUNGAN BERSAMA~

Buat sahabat-sahabatku sekalian sebagai renungan bersama semoga ia ianya memberi manfaat buat kita semua..

Segala Puji Hanya Untuk Allah

Apabila kita melakukan kebaikan yang terlihat oleh orang lain, pasti ada yang mengatakan :

"Wah! Baguslah awak."

" Awak memang baik."

"Jarang jumpa orang macam awak."

" Hebatnya!"

Paling tidak pun, akan ada yang tersenyum menandakan sebuah penghargaan kepada kita. Lantas kita menjadi termotivasi dan bersemangat untuk terus melakukan kebaikan.Kita merasakan ada nilainya kebaikaan tersebut pada pandangan mata manusia. Bagaimanakah pula keadaannya apabila ada yang mengatakan :

"Eleh, tu nak tunjuk baik la tu."

"Buang masa awak saja buat macam tu."

"Jangan buat macam tu lagi lain kali!"

Apakah kesannya kepada diri kita?Adakah kita masih terus melakukan kebaikan tersebut atau kita meninggalkannya?Kesan yang berlaku atas diri kita daripada respons positif dan negatif orang lain ini menjadi pendorong kepada keikhlasan kita dalam beramal.Nilai sesebuah amal itu tidak dapat ditentukan berdasarkan kepada pujian manusia. Apa yang lebih penting adalah penilaian Allah SWT.Apabila telah ada saranan untuk melakukan sesebuah amal daripada Allah SWT dan Rasul SAW, maka ia tetap mempunyai nilai yang tinggi sama ada orang lain memuji atau mengeji.

Dalam ertikata lain, orang yang ikhlas tidak akan berganjak sedikitpun daripada sebuah amal yang baik, bahkan dia sentiasa istiqamah dengan kebaikan. Tidak bertambah kerana pujian, atau berkurang kerana kejian.Berbeza dengan seseorang yang mengejar pengiktirafan manusia, bila dipuji dia berbangga dan menambah lagi kebaikan, bila dikeji dia merasakan seolah-olah azab Allah menimpanya lalu dia meninggalkan amal baik tersebut. Konsisten amalannya bergantung kepada respons manusia terhadapnya.



Pernahkah kadang-kadang kita merasa kagum dengan mujahid Islam yang syahid lantas kita juga bercita-cita untuk syahid sepertinya?Namun jauh di sudut hati kecil kita bersuara, "Tentu aku akan dikenang orang."Pernahkan kita membaca karya agung ulama-ulama silam lantas kita ingin berkarya seperti mereka?Hati kecil kita masih lagi bersuara, "Tentu orang akan menyanjung aku."Tatkala kita melayani perasaan tersebut dan berusaha mengejar pengiktirafan manusia, maka amal kita telah dicemari dan tidak lagi ikhlas. Namun apa yang boleh kita usahakan ialah menentangnya dan melawannya.Oleh itu, matlamat yang jelas perlu ditentukan sejak kita berniat melakukan sebuah amal sehinggalah kita habis melaksanakannya.

Keikhlasan itu perlu dijaga – sebelum, ketika, dan setelah melakukan sebuah amal. Susah memang susah, sebab itulah perlunya mujahadah.Amal yang baik itu takkan sekali-kali disiakan oleh Allah. Bahkan yang terdetik di sudut hati kita juga tak pernah terlepas daripada pandangan Allah SWT. Biarlah Allah yang menilai kebaikan kita dan memberikan ganjaran di akhirat. Firman Allah:

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan dibiarkan, sedangkan Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil menjadi teman yang setia selain Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (At-Taubah : 16)

"Jika kamu tamakkan apa yang ada di sisi manusia, kamu akan dibenci Allah. Jika kamu tamakkan apa yang ada di sisi Allah, kamu akan disanjung manusia." - Kata hikmah.

Bahkan dalam memuji juga kita harus berhati-hati. Boleh jadi pujian kita itu akan menghancurkan saudara seagama kita. Pujilah sekadar yang perlu dan kembalikanlah hak menilai itu kepada Allah. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW berpesan;

"Dari Abdurrahman bin Abu Bakrah dari bapanya r.a katanya : Seorang lelaki memuji orang lain berhampiran Nabi, lalu Nabi berkata kepadanya : " Celaka kamu. Bereti kamu memenggal leher saudara kamu. (Kata-kata itu baginda ucapkan banyak kali). Apabila seseorang kamu memuji saudaranya, seharusnya dia berkata, "Cukuplah bagi si fulan Allah sahaja yang menilainya. Tidak ada yang lebih berhak menilai selain Allah Taala, sekalipun temannya tahu dia begini dan begitu." (Hadis Riwayat Muslim)



Jika ada yang memujimu, katakalah "Alhamdulillah" dengan sebenar-benarnya.

p/s: marilah kita sama-sama menilai di manakah tahap amalan yang kita lakukan selama ini..Adakah amalan tersebut ikhlas semata-mata kerana Allah SWT atau pun kerana inginkan penghargaan dari manusia.

@@@@@@ Segala yang baik itu datangnya daripada ALLAH SWT…Segala yang buruk itu datangnya dari kelemahan diriku yang lemah dan hina ini… tetapi hakikat kedua-duanya datang daripada ALLAH SWT….@@@@@
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, October 28, 2011

~doa~

Doa oleh Ustaz Dusuki ketika Pengajian Pondok Universiti baru-baru ini..
mari kita hayati bersama...

Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah Ya Tuhan kami
kami mohon keampunan dosa-dosa kami Ya Allah
dosa besar kami dan dosa kecil kami Ya Allah
dosa yang sengaja kami lakukan semenjak kecil kami ya Allah
sehingga dewasa ini Ya Allah

Ya Allah Rahmatilah dlm kehidupan kami Ya Allah
Murahkanlah rezki kami Ya Allah
Panjangkan umur kami dalam redho Kamu Ya Allah

Ya Allah Ya Tuhan kami
kami mohon keredhoaanMu Ya Allah
apa yang pernah dipohon oleh Nabi kami Ya Allah
Nabi Muhammad SAW Ya Allah
jauhkanlah kami dr apa yg diminta oleh Nabi Muhammad SAW

Ya Allah Ya Tuhan kami
permudahkanlah segala urusan kerja kami ya Allah
jadikanlah kami hamba-hambuMu yg soleh ya Allah

Pandangkanlah kami dgn rahmatMu ya Allah
seburuk manapun kami dan sekeji mana pun kami Ya Allah
pandanglah kami dgn pandangan RahmatMu Ya Allah

Ya Allah, seburuk mana pun kami atau sekeji mana pun kami Ya Allah
Pandanglah kami dgn pandangan RahmatMu Ya Allah

sebesar mana pun dosa kami Ya Allah
sebanyak mana pun kemarahanMu Ya Allah
Rahmatilah dalam hidup kami Ya Allah

Ya Allah Ya Tuhan
kami mohon keredhoaanMu Ya Allah
agar jadikan kami hambaMu Ya Tabah Ya Allah
yg mampu menghadapi ujian2 dlm kehidupan ini Ya Allah

Ya Allah Ya Tuhan kami
jadikanlah kami ini mampu menghadapi ujianMu dgn tenang dan tabah
lapangkanlah dada kami dlm bicara km Ya Allah
permudahkanlah setiap urusan kerja kami ya Allah

Ya Allah Ya tuhan kami
kami mohon keredhaanMu Ya Allah
agar dijadikan kami teman2 yg baik dlm hidup ini Ya Allah
kekuatan kpd kami Ya Allah
mampu memberi kekuatan kekuatan kpd km yang tidak ternilai Ya Allah

Ya Allah kami minta agr dijauhi teman2 yang merosakkan hidup km Ya Allah
drpd teman2 yg menikam km drpd belakang Ya Allah

Ya Allah ya Tuhan kami
rahmatilah dalam hidup mereka dan hidup km Ya Allah

Ya Allah Ya tuhan km berikanlah petunjuk kpd kami Ya Allah
pada mula kami dlm keaadaan leka Ya Allah
Kamu sedarkanlah km Ya Allah

diwaktu mana kami dlm kesesatan Ya Allah
Kamu tunjukkanlah km jln yang lurus Ya Allah

diwaktu mana kami dlm kegelapan Ya Allah
cahayakanlah kami dgn cahaya imanMu Ya Allah

Di waktu mana kami terkapai-kapai dan terkial-kial dlm hidup km Ya Allah
Kamu bimbinglah km Ya Allah
Kamu bantulah kami Ya Allah
kerana kami memerlukan pertolongan dan bantuanMu Ya Allah

Ya Allah Ya tuhan Kami
jadikanlah setiap kata-kata kami
kata-kata yg penuh hikmah Ya Allah

setiap perjalanan kami
perjalanan yg penuh dgn keberkatan Ya Allah

setiap tutur bicara kami Ya Allah
mampu didengari makhluk Kamu dilangit mahupun dibumi Ya Allah

Ya Tuhan kami
kami mohon keampuanan dosa-dosa kami ya Allah
sehingga bibir kami Ya Allah
mampu menyebut LAILAHAILLALLAH, MUHAMMADURRASULLULLAH

dikala mana penghujung dlm kehidupan kami Ya Allah
diwaktumana kaki kami mula sejuk
diwaktumana mata kami tidak mampu digerakkan
tangan km tidak mampu lg utk menyentuh
tubuh badan kami mula kesejukan Ya Allah
diwaktumana roh kami mula menyusut keluar Ya Allah
sedikit-demi sedikit dlm jasad ini Ya Allah
Rahmatilah kami diwaktu itu Ya Allah

Ya Allah tunjukkanlah kami tempat kami dlm syurga firdausMu ya Allah

Ya Allah Ya tuhan kami
rahmatilah kami disaat mayat kami dimandikan Ya Allah

rahmatilah kami
diwaktu mana kami dikapankan mayat kami Ya Allah

rahmatilah kami
sewaktu mana mula disembahyangkan mayat kami Ya Allah

jadikanlah org yang paling soleh doakan kami sewaktu menyembahyangkan kami Ya Allah

Ya Allah sewaktu mana kami diusung keluar drpd rumah kami nanti Ya Allah
tinggalkanlah amalan2 keji kami Ya Allah

bawakanlah amalan2 yg baik sahaja utk dihadiahkan dihadapan kamu Ya Allah

sewaktumana kami dihadapkan muka kami ke kiblat Ya Allah
sewaktumana tanah mula berbau dihadapan kami Ya Allah
sewaktumana liang lahad mula ditutup sedikit demi sedikit Ya Allah
sewaktumana tanah2 mula berguguran diatas badan kami Ya Allah
sewaktumana malaikat mungkar dan nangkir dihujung kaki kami Ya Allah
jadikanlah kubur kami diantara taman-taman syurga Ya Allah

jgn Kamu jadikan kubur kami diantara kawah-kawah neraka Ya Allah

Ya Allah sewaktu kami mula disoal Ya Allah
jgn banyak soalan2 mungkar dan nagkir Ya Allah
sehingga menggigil tubuh badan kami Ya ALlah
utk menjawab soalan mungkar dan nangkir sewaktu itu Ya Allah

Ya Allah ya Tuhan kami
kumpulkanlah km dgn Arwah ayah kami sebelum kami dihadapkan di hadapan kamu Ya Allah

kami merindui mereka saat mereka membesarkan kami dahulu Ya Allah
saat mana mereka bersusah payah membesarkan kami Ya Allah
kami merindui mereka dan kami tidak mampu lagi utk mengucup dahi mereka Ya Allah

Ya Allah Ya tuhan kami
jadikanlah malam pertama kami di Alam barzakh adlah malam terindah Ya Allah
diwaktumana kami gembira disaat itu Ya Allah

jgn Kamu jadikan kubur kami diantara kawah2 neraka Ya Allah
Ya Allah jgn Kamu jadikan kubur kami diantara kawah2 neraka Ya Allah
Ya Allah jgn Kamu jadikan kubur kami diantara kawah2 neraka Ya Allah

Ya Allah Ya Tuhan kami Kami Mohon Kepada kamu Ya Allah
bangkitkan kami dgn para Nabi, para Syuhada' dan para solihin Ya Allah

Ya Allah Ya tuhan kami
sewaktumana ditujukan amalan manusia di padang mahsyar nanti Ya Allah
berila suratan amalan kami disebelah tgn kanan kami Ya Allah
jgn Kamu berikan suratan amalan kami dgn tgn kiri Ya Allah

sewaktu mana ditayangkan amalan manusia Ya Allah
jgn Kamu tayang kesilapan kehidupan kami Ya Allah
jgn Kamu dedahkan kekhilafan kami Ya Allah
kami malu dan kami malu dihadapan Kamu Ya Allah

Ya Allah Ya Tuhan kami
ampunkanlah dosa kami Ya Allah
dikala kami melalui titian sirat nanti Ya Allah
masukkanlah kami ke dlm syurga firdaus Ya Allah
bersama dgn para Nabi, para auliya' dan para solehin
dgn keluarga kami yang kami cintai Ya Allah

Ya Allah ampunkalah dosa kami dan kedua ibu bapa kami ya Allah
khususnya dosa kami terhadap ibu kami Ya Allah
kami pernah cakap kasar dgn ibu kami Ya Allah
kami pernah menengking kata-kata ibu kami Ya Allah
kami pernah mengalirkan air mata ibu kami terhadap kami Ya Allah

Ya Allah dosanya kami diwaktu itu Ya Allah
krn kami lakukan diwaktu kami tidak mengerti Ya Allah
kami lakukan diwaktu kami jahil Ya Allah
kami tidak sengaja meruntunkan hati ibu kami Ya Allah
kami tidak sengaja melukakan hati ibu kami Ya Allah

Ya Allah kami tahu ibu kami menyayangi kami Ya Allah
sewaktu kami kecil Ya Allah
susunyalah yg membesarkan kami Ya Allah
sewaktumana kami kecil dahulu Ya Allah
ibu kami berhutang keliling pinggang utk membesarkan kami Ya Allah

sewaktumana kami kecil dahulu Ya Allah
pipi ini dicium Ya Allah
pipi ini dicium Ya Allah
kemudian kami diselimuti dgn penuh kasih syg Ya Allah

Ya Allah sayangnya diwaktu kami besar ini ya Allah
kami tidak mampu membalas jasa-jasanya Ya Allah
Rahmatilah ibubapa kami Ya Allah
Rahmatilah mereka sewaktumana mereka merahmati kami sewaktu kami kecil ya Allah

Ya Allah Ya Tuhan kami
berilah kami kekuatan dlm hidup kami ya Allah
utk mendidik keturunan anak cucu kami Ya Allah
jgn kerana dosa kami
mereka mencela kami Ya Allah

Ya Allah kerana dosa2 kami kah Ya Allah
yang membuatkan kami hilang dr RahmatMu Ya Allah

kerana dosa-dosa inikah Ya Allah yg menyebabkan kami semakin jauh dgn Kamu Ya Allah

kerana dosa2 inikah ya Allah
yang menyebabkan Kamu tidak memandang km ya Allah

jika kerana dosa2 ini Ya Allah
ampunkanlah dosa2 kami Ya Allah
ampunkanlah kami Ya Allah
Ampunkanlah kami ya Allah

kerana kami HambaMu Ya Allah
kerna Kami HambaMu Ya Allah..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, October 27, 2011

10 SIFAT & AKHLAK SESORANG

sedikit perkongsian dari kuliah Pengajian Pondok Universiti yang di adakakn pada 23/10/2011.. yang di sampaikn oleh ustaz dusuki. fokus perbincangan ialah mengenai akhlak

10 sifat dan akhlak seseorang:

1. wara' dari syubhat(kesamaran)

- sapa yang tidak ada wara', tidak d anggap bertakwa

2. memelihara penglihatan
- mata, 1 panahan dari panahan mata2 syaitan

3.jaga percakapan (lidah)

- menguap(benda yang disukai syaitan)
- bersin( buang penyakit, hadamkan makanan)

4. pemalu

- sifat seorang mu'min (malu bertempat)

5. lemah lembut & sabar

6. bersifat benar dan jujur

- kebenaran perlu dilalui walaupun pahit

7. bersifat tawadu' (jaga nilai & maruah diri)

- tidak akan masuk syurga klu dlm diri seseorang ada sifat takabur

8. menjauhi sangka buruk & mengumpat

- jauhi sangka buruk

9. jadilah seorang yang pemurah

10. qudwah hasanah

- sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada orang lain
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, October 15, 2011

9 ORANG "SITI" YANG PERLU DIJADIKAN CONTOH OLEH WANITA MUSLIMAH KITA HARI INI

1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

Saidatina Aisyah RA pernah berpesan....

"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"

Oleh itu jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki... Itu bukan kemuliaan bagimu...Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja...

Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga...seindah hiasan adalah wanita solehah....♥


jwpn dari insan bernama lelaki:
bukan intan permata,bukan paras rupa.
pandangan tuhan pada manusia...
beriman dan bertakwa,berakhlak mulia....
disisi tuhan itu yang utama...

ya ALLAH, kuatkanlah hambamu ni, diriku bimbang futur d pertengahan jalan.. hanya padamu ku serahkan.. berat ujian-MU pada hambamu ini, tp ku yakin sume ini adalah tanda cinta ALLAH pada hambanya...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, October 14, 2011

AKU CEMBURU YA ALLAH

Ya Allah, aku cemburu!
Aku cemburu kepada mereka,
Mereka yang mempunyai hati yg dipenuhi dengan cinta,
Cinta kepada siapa?
Cinta kepadaMu wahai Tuhan yg menciptakanku,
Jiwa mereka dihiasi dengan semangat jihad,
Hati mereka diterangi dengan nur cinta yang abadi,
Iman memenuhi kamar sanubari,
Jalan perjuangan sedia mereka tempuhi,
Walaupun mmpunyai ranjau yg melukai.

Segala dugaan yang mendatang,
Dengan tabah mereka lalui,
Setiap tohmahan dan cacian,
Tidak pula mereka peduli,
Kerana hati mereka begitu asyik,
Terleka dan tenggelam oleh manisnya cinta.

Sedang aku di sini,
Dalam kesamaran masih tercari-cari,
Ke manakah hala tuju diri,
Setiap kelemahan berdikit-dikit ku cuba baiki,
Membersihkan kembali segumpal darah yang bernama hati,
Iman yang baru mula untuk berbuah,
Aku rasa begitu payah untuk dipertahankan.

Betapa hebatnya peperangan,
Yang terjadi antara iman dan nafsu,
Terkadang aku berasa ingin berhenti,
Berhenti daripada meneruskan langkah ini,
Tetapi aku tahu,
Bukan mudah untuk menggapai cinta hakiki,
Pengorbanan dan kesakitan harus aku lalui,
Demi sebuah pengakhiran yang bahagia,
Iaitu sebuah tempat di syurga yang ku damba.

Hembusan bayu menyedarkanku kembali,
Ya Allahu Ya Rabbi,
CintaMu menjadi dambaanku,
Dalam keheningan pagi ini,
Aku menadahkan tangan,
Bemohon dan merayu kepadaMu,
Ampunkan segala dosa-dosaku,
Walaupun amat berat dugaan yang Engkau berikan,
Demi setitis cinta aku relakan,
Ya Allah berikanku kekuatan,
Amin ya Rabbal 'Alamin.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, September 30, 2011

~sambungan koleksi mutiara kata~

jangan di pinta ringankn ujian tapi pintalah ditingkatkan iman...


Ya اَللّÙ‡ُ, mengapa wanita sering menangis?

Jwbnya: Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakan ia sbg makhluk istimewa,
KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,
... KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,
KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,
KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah,
KU beri dia naluri utk mencintai anak2 dlm keadaan apapun,
KU kuatkan batinnya utk ttp menyayangi walau dikhianati oleh teman,
walau disakiti oleh "orang" yang ia sayangi
Wanita mahluk kuat,
tapi jika satu saat dia menangis itu kerana KU beri dia air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

"WANITA..KAMU ISTIMEWA"




Berilah hatimu hanya untuk Allah, pasti Allah temukan padamu pemilik yang terbaik. Hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah, pasti Allah aturkan seluruh kehidupanmu sebaiknya.


Teruslah berlari, hingga KELELAHAN itu lelah mengejarmu..
Teruslah bergerak, hingga KEBOSANAN merasa bosan bersamamu..
Teruslah berjalan, hingga KELETIHAN merasa letih mengikutimu..
Teruslah berjaga, hingga KELESUAN menjadi lesu menemanimu..
Teruslah bersinar, hingga KEGELAPAN ini berganti sinar yang terang..:)

✿..Hati tidak mendustakan apa yang telah dilihatnya, apa yang dilaluinya..apa yang cuba dirungkainya..✿



Kawan apalah yang kau kesalkan
Kerana Tuhan kau kehilangan kawan
Kerana kebenaran dihina
Jangan kau ragu dalam keimanan

Kadang-kadang kawan jadi lawan
Kadang-kadang lawan jadi kawan
Apalah disedihkan hati
Setiap insan di dalam kekurangan

Jangan sedih selalu tersisih
Bukan kau saja ditimpa malang
Ingatlah para Rasul mulia
Lebih terseksa menderita
Mereka bahagia dalam derita
Mereka kaya di dalam papa

Mereka memadai dengan Tuhannya
Itulah kebahagiaan
Di waktu sempit seorang diri
Kawan janganlah disedihkan hatimu

Tetapi mereka merasai ramai
Walaupun keseorangan
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, September 28, 2011

~koleksi mutiara kata~

perkongsian utk semua... ^_^

Tetap TERTAWA walau sebenarnya aku ingin MENANGIS..
♥ Tetap TERSENYUM walau sebenarnya aku KECEWA..
♥ Tetap KUAT walau sebenarnya aku sudah TAK SANGGUP lagi..
♥ Tetap SEMANGAT walau aku TERTEKAN oleh masalah..
♥ Dan yang terpenting tetap SABAR dan memandang segalanya baik saja
walau sebenar nya hatiku LEMAH dan sdg TERLUKA...:)



Muslimah acuan Al-Quran
Ialah seorang muslimah yang beriman
Yang hatinya penuh rasa cinta kepada Tuhannya Yang Satu
Yang hatinya merindui satu pertemuan abadi
yang hatinya meratap sedu di hamparan sejadah
Yang sanggup menitiskan mutiaranya yang berharga
Demi kasih suci Ilahi

Muslimah acuan Al-Quran
Ialah muslimah yang menjaga bicaranya
Yang menjaga adabnya
Yang tidak takut berkata benar
Yang tidak gentar dijengah mehnah
Walau nyawa jadi taruhan

Muslimah acuan Al-Quran
Dialah wanita yang dijanjikan Tuhannya
Sebuah syurga sebagai mahligai kasihnya
Dialah penghulu bidadari suaminya
Dialah wanita solehah buat agamanya

Muslimah acuan Al-Quran
Ialah muslimah yang tegas
Tegas dalam menegakkan daulah islamiyyah
Tegas dalam hidup yang ditarbiyyah
Dengan pelita iman bersumbukan taqwa

Muslimah acuan Al-Quran
Ialah muslimah yang bersifat qanaah
Baginya kekayaan duniawi hanya sementara
Baginya dunia hanya untuk meraih keuntungan akhirat
Baginya cukuplah alQuran sebagai harta abadi

Muslimah acuan Al-Quran
Ialah muslimah yang tunduknya demi agamanya
Yang hatinya disuburkan dengan semangat juang
Yang solatnya dilakukan dengan tawaduk
Yang suaranya lunak dengan Qalamulllah
Yang menjadikan zikrullah halwa ketenangan
Yang meletakkan Deen sebagai pakaian hidupnya

Benar dia bukan Khadijah, wanita kesayangan Nabi
Benar dia bukan Sumayyah, wanita cintakan syahid
Benar dia bukan Rabiatul Adawiyah, wanita yang merindui cinta Tuhannya
Namun, dialah wanita yang akan menjadi kesayangan suami solehnya
Dan, dialah wanita yang rela syahid dalam manhaj islamDan,
Dialah wanita yang mencari redha suaminya demi redha Tuhannya.



ya Allah jgn biarkn mataku melihat benda yg haram..
jgn biarkn telingaku mendengar benda yg haram..
jgn biarkn mulutku makan benda yg haram..
jgn biarkn mulutku berkata-kata benda yg haram..
jgn biarkn otakku berfikir benda yg haram..
jgn biarkn tanganku memegang benda yg haram..
jgn biarkn kakiku melangkah ke tpt yg haram



p/s: sampai di sini dulu ye.. to be continue ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, September 18, 2011

~nota cinta buat bakal-bakal suami~

sedikit perkongsian cerita yang saya baca...
cerita ini btl2 memberi kesan yang mendalam bagi mereka yang btl2 ingin fhm...
jom sama2 baca...

Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)



“Kerja, kerja, dan kerja. Aku bosan dengan semua ini.”, getus hati kecil Izhar yang merasakan hidupnya sekarang sunyi dan sepi. Izhar merupakan seorang peguam di mahkamah syariah dan bertugas sebagai seorang pendakwa raya.

”Hari-hari berhadapan dengan kes-kes penceraian, khalwat”, bagaikan tertekan dengan kesibukan kerjayanya sehingga diri sendiri seakan tidak terurus. “Hidup bersahabat memang berbeza dengan hidup berteman”, tiba-tiba sahaja tersentuh hati Izhar untuk mencari pasangan setelah sekian lama dia hidup bersendirian.

Dengan ini, bermulalah kisah si Ustaz dalam mencari pasangan hidupnya. Dengan langkahnya pertama, usaha Izhar telah bertemu dengan seorang gadis. Namanya Alfatunnisa’. Cantikkan namanya, begitulah juga parasnya, secantik namanya. Gadis ini adalah rakan sekampus kawan Izhar semasa menuntut di Jepun dahulu.

Alfatunnisa’ adalah anak orang ternama, anak Tan Sri Ahmad. Gugup juga Izhar apabila hendak berhadapan dengan Tan Sri. Tetapi itu dulu, sebelum Izhar kenal dengan Tan Sri. Sekarang hubungan mereka nampaknya sudah rapat seperti saudara sendiri. Mungkin itulah yang dikatakan jodoh. Sebenarnya perkenalan dengan gadis ni bukanlah lama, sekejap saja. Mereka memang merancang untuk mendirikan rumahtangga bersama namun semakin lama dikenali, gadis itu seakan sudah banyak berubah.


”Mungkin ini bukan jodohku, aku tak tahu erti cinta. Adakah aku tertarik padanya ataupun pada hartanya. Nauzubillah, ya Allah, selamatkan diriku daripada godaan syaitan”, hati Izhar berbisik dan berdoa sendirian.

Pada langkah pertama, Izhar gagal menemui cinta hatinya. Pencarian Izhar tidak berakhir hanya di situ. Akhirnya semasa menguruskan kes anak guamannya, Izhar tertarik pula dengan anak kepada anak guamannya. Surina namanya, berasal daripada keluarga yang sederhana, Orangnya bijak bekata-kata. Akhirnya Izhar terpancing jua. Sesungguhnya Allah mengetahui segala-galanya.

Pada suatu hari, Izhar terserempak dengan Surina di salah satu pasar raya berdekatan bersama seorang jejaka, mesra sekali lagak mereka. Setelah disiasat, sungguh tidak disangka-sangka bahawa Surina yang sangat petah dan bijak berkata-kata selama ni sanggup berdusta dan mengambil kesempatan. Surina sebenarnya bekerja di kelab malam.

”Astaghfirullahal azim.. Alhamdulilah, aku bersyukur padamu ya Rabbi, Engkau menyelamatkanku daripada segala bencana, sekiranya aku berkahwin dengan keturunan seperti ini, amatlah pedih untuk aku melalui sisa-sisa hidup ini”, syukur Izhar atas segala petunjuk daripadaNya.

Setelah kecewa dengan gelagat cinta yang baru ditemui itu, Izhar sepertinya sudah putus harapan. Bagi Izhar, biarlah masa yang menentukan kerana dia yakin akan ketentuan Allah.

Bulan silih berganti, hari demi hari, putaran jam meninggalkan masa-masa yang lalu. Izhar semakin sibuk dengan menguruskan firmanya. Suatu hari, Izhar menghadiri mesyuarat untuk satu program yang disertainya, program “Selamatkan Jiwa”. Mesyuarat pada hari itu pula melibatkan seluruh mahkamah syari’ah di kawasan tersebut. Dalam kalangan ahli jawatankuasa yang datang, Izhar terpandang ke arah seorang wanita yang dirasakan amat berbeza dengan wanita-wanita lain. Sangat pendiam orangnya.

Diam-diam ubi berisi, namun apabila melontarkan idea, cukup bernas! Memang cantik orangnya. Sopan dan berjubah adalah penampilan yang dipilih. Tidak hairanlah kerana gadis ini merupakan alumni Universiti Al-Azhar, dan ayahnya adalah imam di kampungnya. Izhar akhirnya mengambil kata putus untuk menulis sepucuk surat untuk menyatakan isi hatinya.

Salam perkenalan buat saudari Sa’adatul Sakinah…

Dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim, saya meminta izin daripada saudari untuk mengenali dengan lebih dekat lagi. Saya amat tertarik dengan saudari, pandangan mata yang penuh keihklasan melontarkan idea-idea yang bernas untuk melakukan kebajikan di jalan Allah. Mungkin Allah telah mempertemukan kita, dalam situasi yang sama.

Dirimu yang sempurna, memperjuangkan kalimah suci Allah membuatkan saya tertarik dengan saudari. Tidak sepertimana perempuan-perempuan di luar sana yang pernah saya kenali. Andainya diri tidak berpunya, izinkan saya untuk melamar awak sebagai isteri saya yang sah.

Ikhlas, Izhar…


Warkah Izhar kemudian disambut dengan sebuah nota..

Wassalam saudaraku Muhd Izhar…

Buat saudara yang baru ku kenali, sesungguhnya pertemuan dan perpisahan adalah milik Allah, Dialah yang berhak mengaturkan segalanya. Sudi-sudikanlah menghayati nota-nota yang ku tulis buatmu…

Wahai saudaraku.. Cinta pertama mengukir peristiwa, menguggat pelbagai perkara. Ketahuilah saudara, jangan mempercayai pada pandangan mata, ia hanya pandangan syaitan durjana. Usah memujiku lebih darinya, kiranya diri ini masih kurang seadanya, idea hanyalah pandangan manusia, belum tentu betul pada pandangan yang Esa. Sempurnaku tak sempurna Nabiku, kerana aku hanya manusia biasa, dan ketahuilah sahabat, manusia tidak akan pernah sempurna.

Wahai saudaraku.. Janganlah kau membanding-bandingkan diriku dengan insan lain, sesungguhnya Allah tidak menyukai hambaNya mempersoal mengenai keburukan mereka. Kiranya engkau membenci kemaksiatan, tugasmu adalah membawa mereka berhijrah dan tidak sesekali berhujah untuk menyemarakkan lagi hati mereka.

Kiranya aku jatuh cinta padamu, itu kerana aku jatuh cinta pada kesederhanaanmu, dan kiranya aku membenci dirimu, tidak bermakna aku membenci dirimu, tetapi aku membenci egomu. Ingatlah wahai Adam, manusia adalah sama, hiris tangan, pastinya darah yang mengalir adalah merah. Hanya Allah yang dapat membezakan hambanya, dan kita sebagai hamba tidak layak untuk membuat penilaian.

Andainya kamu mencintaiku kerana Allah yang maha Pencipta, sesungguhnya aku belum berpunya, diriku hanyalah untuk Dia. Aku menerima lamaranmu dengan hati yang terbuka, Kiranya ini menambahkan ketaqwaanku padaNya. Inilah nota-nota cintaku buatmu lelaki yang akan bergelar suami..


“Astaghfirullahal ’azim… Astaghfirullahal ‘azim… Astaghfirullahal ‘azim… Ampunkan dosaku ya Allah. Sesungguhnya selama ini aku telah tewas dalam permainan cinta. Terlampau mengejar cinta, aku telah melakukan dosa pada mereka. Sesungguhnya diriku kerdil di hadapanMu ya Rabbi. Aku sememangnya tidak layak untuk menghukum manusia, sesungguhnya aku seorang hamba seperti mereka”, doa Izhar selepas menunaikan solat tahajjudnya.

Izhar kini bersyukur kerana telah dikurniakan oleh Allah seorang isteri yang solehah, mampu memandu hidupnya dan saling melengkapi dan memperbaiki dalam kesilapan masing-masing. Dia tersedar akan kesilapannya terhadap Surina dan Alfatunnisa yang gagal menemukan mereka kepada kebenaran. Yakinlah bahawa sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah dan masanya pasti akan tiba.

*pesanan untuk kaum adam, jadikan agama sebagai syarat utama jgn nafsu menguasai dirimu...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

kISAH POKOK SEMALU DAN WANITA MODEN



Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan
tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, September 17, 2011

~Tudungku mahupun pemakaianku, bukan tanda keimanan.. tapi cintaku pada Rabbi....~

apa pandangan kalian bila melihat sesosok tubuh wanita yang elok dibungkus tanpa mempamirkan auratnya yang berhak dipaparkan buat mahramnya sahaja? ku pasti, kalian juga sepertiku.. pasti memandang tinggi padanya.. melihat caranya sahaja, ku pasti kalian juga akan memuji Allah atas rahmat-Nya buat wanita itu.. pasti, yang terdetik dihati kalian adalah betapa tinggi iman & taqwanya, betapa hebat martabatnya kerana kita tahu, luaran ternyata 90% mencerminkan peribadi.. moga kata-kataku yang seterusnya ini, tak mendatangkan fitnah buat diriku jua hatiku.. moga-moga Allah melindungi aurat hatiku, menjaga tiap coretanku.. Aamiin... Bismillah....
Ternyata aku, telah Allah titipkan satu bonus yang calang-calang orang memperolehinya, hijabku... ku lebarkan hingga menutupi separuh badanku, (segala puji pada-Mu ya Allah..) pakaian yang ku sarungkan.. menutupi tiap bahagian tubuhku moga-moga tergolong dari kalangan hamba-Mu yang diredhai.. hadis kekasih Rabbi, ku ingat selalu.. "wanita perhiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah.." aku ingin menjadi salah satu darinya... setelah pengakuanku nyatakan.. jangan kalian menilai tahap iman juga taqwaku, semuanya rahsia Allah..
Banyak dugaan yang dihadapi kerana perjuanganku menempuh syariat Allah... pandangan manusia buat aku tertunduk malu, aku malu pada Rabbi! masih banyak kurangnya pengetahuanku.. pesan naqibahku, ku sematkan utuh dikalbu, "tudung labuh bukan tanda keimanan, tapi bonus hidayah dari Allah.. selagi menutup aurat dengan sempurna, sudah tertegak syariat Allah.. iman bukan terlihat pada panjang mana jilbab yang disarungkan.. tapi, terlihat pada betapa tegar kita menegakkan al-Quran & Sunnah sebagai panduan hidup.." belum sempurna pada diriku ya Allah.... yang ku lakukan hanya kerana cintaku pada-Mu...


tika mata memandang pada indahnya luaran,
jangan terus dipuji pada yang terzahir dihadapan mata tika itu,
nilailah dengan pandangan iman,
jangan dipuja yang didepan mata,
namun... ucapkanlah syukur atas nikmat dari Rabbi yang diberikan untuknya...

tika hati terpesona pada indahnya yang terzahir,
ingatlah bahawa semua itu milik Allah,
Dia yang berhak mengubah sesuatu apapun,
yang indah itu bisa jelek dengan kehendak-Nya,
maka, jangan terus dipuja-puja,
kembalilah pada Rabbi yang memiliki....

tika jiwa merasa terkesan dengan pesona ciptaan Ilahi,
jangan diucapkan terima kasih padanya atas terkesannya jiwamu kerananya,
tapi, ucaplah syukur pada Allah yang memberikan pesona itu padanya,
doakan rahmat buatnya dan doakan moga pesona itu jua melingkarimu,
dalam rahmat & redha-Nya...


ku ucapkan terima kasih pada Rabbi,
atas bonus kurniaan-Nya...
hingga bertambah cintaku...
moga aku dipertemukan di syurga abadi,
dengan-Mu.. KEKASIHku.......


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, September 15, 2011

Pesan Imam Hassan Al Banna

Bagi para dai dan murobbi, mari kita tunaikan sepuluh wasiat ini. Ia adalah resipi mujarab buat pengubat umat. Kaedah yang teruji sepanjang perjalanan waktu hingga kini. Mari kita amalkan.

1. Bangunlah segera untuk melaksanakan shalat apabila mendengar adzan walau bagaimanapun keadaanmu.

2. Baca, telaah dan dengarkanlah al- Qur'an, berzikirlah kepada Allah dan janganlah engkau senang menghambur-hamburkan waktumu dalam masalah yang tiada faedahnya.

3. Bersungguh-sungguh untuk boleh berbicara dalam bahasa arab yang fasih.
(InsyaAllah, mahirkan bahasa melayu dahulu kerana medium dakwah kita yang paling utama di Malaysia ialah umat islam melayu. Tetapi harus diingat, bahasa arab juga penting kerana ia adalah bahasa Al Quran)

4. Jangan memperbanyak debat dalam percakapan kerana itu tidak akan mendatangkan kebaikan.

5. Jangan banyak tertawa kerna hati yang selalu berkomunikasi (berzikir) dengan Allah sifatnya aman dan tenteram.

6. Jangan suka bergurau kerana umat yang berjihad akan senantiasa berusaha bersungguh-sungguh.

7. Jangan mengeraskan suara di atas suara yang diperlukan pendengar, kerana hal itu akan menganggu dan meyakiti.

8. Jauhilah ghibah (mengumpat) atau menyakiti hati orang lain dalam bentuk apa pun dan janganlah berbicara kecuali yang baik.

9. Berkenalanlah dengan setiap saudara yang saudara temui kerana asas dakwah kita adalah saling kenal-mengenal dan berkasih sayang.

10. Pekerjaan utama kita adalah tertumpu pada waktu yang tersedia, maka tolonglah saudaramu untuk memanfaatkan waktunya, dan apabila kalian punyai keperluan maka sederhanakanlah dan cepatlah diselesaikan.

remaja2 zaman skrng bnyk mengabaikn benda2 ni...
mereka bnyk hanyut dengan arus duniawi...
wahai syabab sekalian bangunlah n bangkitlah sume..
keadaan dunia pada masa hadapan dpt dilihat dari keadaan generasi hari ini..
jika generasi hari ini rosak, maka rosaklah keadaan kita suatu hari nnti..
pada akhir zaman hanya umatnya yg terpilih shaja akan kekal dlm jalan dakwah..
harap2 shabt2 adalah org yg terpilih tersebut walaupun golongan tersebut adalah sedikit...
ayuh bngkit sume...
ISLAM harus d amalkan sebaiknya...

jom sama2 amalkan... ^ _ ^

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

~ empat penghalang dekat pada Tuhan~

imam ghazali di dalam MINHAJUL ABDIN ada menyenaraikn 4 ujian yg menghalang manuisa utk dekatkn diri kepada Allah S.W.T

1- DUNIA
dunia menghancurkn ramai org dgn kelazatan & keindahan.
hari ini ramai org yg menjadi tidak normal kerana mengejar glamor.

2- MANUSIA
manusia jg kadang2 menjadi penghalang kebaikan..
cth: suami yg mendera anak2 n isteri2
: pemimpin yg menyalahgunakan kuasa jg sering kali menjadi penghalang kepada
kebaikan

3- HAWA NAFSU
hawa nafsu dan manusia x dapat dipisahkan.
apabila x di kawal, hawa nafsu bertukar menjadi haiwan yang tidak memahami erti tanggungjawab

4- SYAITAN
syaitan musuh manusia yg nyata
dia bersumpah utk menghancurkan semua manusia tidak kira siapa.. berwaspadalah...


sahabat2 sekalian janganlah kita terpengaruh dengan dunia..
jangan letakkn dunia di hati, tp letaklah ia sekadar di tgn..
sesiapa yg mampu mengawal nafsu dunianya, insyaALLAH berjaya dunia akhirat..

pesanan utk semua: jika hendak menjadi manusia, jgnlah jd manusia biasa, jdlah manusia luar biasa yg mmpu menyumbng bakti utk org lain... ^ _ ^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, September 12, 2011

~sahabat~

assalamualaikum semua... apa khbar? sihat? harap2 semua dalam keadaan sihat...
hari ni nk cerita sikit ttg insan yang bernama sahabat...

bagi saya sahabat adalah insan yang sangat penting baGi saya...
sahabat2lah penguat diriku untuk terus berjuang...
sahabat2lah teman terbaik ku..
sahabat2lah pemandu arahku...

saya ingin meminta maaf kepada sahabt2 yang telah saya sakiti, menyinggung atau abaikan...
tiada niat di hati untuk berbuat demikian...
tp saya ini adalah manusia biasa yang lemah...
petunjuk dr Allah sentiasa di dambakan....

sahabt2 semua maaf ye atas salah silap...
itu aje yang mampu di ucapkan...
tidak tenang saya memikirkan keadaan sahabat2 yang telah saya abaikan atau membuat ia tersinggung...
`sahabt2 maafkan diri ini`

harap semua sentiasa memberi sokongan kepada diri ini yang memerlukan sokongan sahabat2 untuk terus berjuang...
sahabt2 lah yang sentiasa memberi semangat...
terima kasih sahabat...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, September 8, 2011

~kahwin~

cuti 4 bln ni ramai dari sahabt2 saya yang melansungkan perkahwinan...
tahniah di ucapkan kepada semua...

"Barakallahu lakuma, wa barak 'alaikuma wa jam'a bainakuma fii khair, wa razaqakuma zurriyatan tayyibatan tanfa'ul islam wal muslimin"

Maksudnya:
"Semoga Allah membarakahi kalian dan melimpahkan barakah kepada kalian, dan mengumpulkan kalian dalam kebaikan, serta mengurniakan kalian zuriat yg memberi manfaat kepada islam dan muslimin keseluruhannya"

semoga Baitul Dakwah yg dibina mmperteguhkan langkah dan melonjakkan lagi amal dakwah kalian insyaAllah serta beroleh mawaddah, sakinah wa rahmah dalam rumahtangga. Ameen.. (",

renungan utk sahabat2

"Aku terima nikahnya dgn si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM..”

Itu yang tersurat. tersirat? ini dia,

“Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bkn lg ibu bapanya tanggung, & aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku”

semoga mampu melahirkan golongan seperti Umar Abdul Aziz, Sultan Muhammad Al-Fateh, Salahudiin al-Ayubi dan ramai lagi tokoh2 hebat...


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

~persiapan~


sblom menjadi seorang daie atau pendakwah yang berkesan beberapa persiapan perlu dilakukan....

dalam buku Alaamat Duiyyah Ala Thariq ad-Dakwah(DR MUHAMMAD JAMIL GHAZI), menukilkan kata2 Sufyan at- Thauri yg bermaksud:

'janganlah manusia mengajak kepada makruf & mencegah kemungkaran melainkan ada 3 ciri padanya iaitu LEMAH LEMBUT, ADIL & BERILMU pada apa yg diseru dan dicegah'

Abdul Laith as-Samarqandi dlm kitab TANHIBUL GHAFILIN menyatakan persiapn umum pendakwah kepada 5 iaitu:

*ILMU
*KEIKHLASAN
*KASIH SAYANG & KELEMBUTAN
* KESABARAN
* MENGAMALKAN APA YANG DISAMPAIKAN

tapi apa yang penting adalah ilmu..
oleh itu jom shbt2 sume kita sama2 menuntut ilmu supaya kita mempunyai benteng yang kukuh, dan langkah kita menjadi mantap... ^_^



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, September 3, 2011

~buku terbaru~


baru2 ni bekesempatan ke popular...
beberapa buKu sempat di beli..
ni antara buku yang sempat di beli...




buku ni insya-ALLAH akan diongsikan pengisian buku tersebut..
tp x tau g bila boleh kongsikan 2.. heheh.. bergntung kepada masa yang ada...


best buku ni...



kepada sume jdkn membaca jmbtn ilmu ye.... ^_^
2 je entry kali ni....
~ selmat ary raya~

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, June 23, 2011

wabak sepanjang jalan part 1

assalamualaikum.. sudah lama rasanya tidak meng'update' blog ni... guna bahasa rojak sikit2.. hihih... kekangan masa membuatkan diri ini tidak sempat untuk mencoretkan sesuatu di sini... diharapkan kesibukanku ini kerana agama-MU ya ALLAH.. diri ini sentiasa memohon agar sentiasa berada di jalan-MU... hari ini diri ni ingin berkongsi sedikit ilmu melalui pembacaanku.. dah lama asenya x menulis.. rasa mcm susah la plak nk wat ayat...

buku yg ingin dikongsi di sini bertajuk 'WABAK SEPANJANG JALAN' karya DR AL-SAYED MUHAMMAD NOH..

pabila membaca buku ini sentiasa membuatkan diri ini berfikir.... buku ini mmg seronok...
wabak pertama yang sering melanda para 'amilin ialah 'AL-FUTUR'( terhenti & melengah-lengahkan)

sebab2 berlakunya AL-FUTUR:

1) sikap keterlaluan & berlebihan dalam agama
2) membazir & melampaui batasan dalm menggunakan sesuatu yang diharuskan
3) mufaraqah(meninggalkan) jemaah & memilih hidup beruzlah & berseorangan
4) kurang mengingati mati & hari akhirat
5) pengabaian melakukan ibadat harian
6) mengambil makanan yang haram atau syubhah
7) penumpuan 'amilin ke atas sudut tertentu dari ajaran islam
8) gagal memahami sunnatullah ttg alam dan penghidupan
9) mengabaikan hak tubuh badan kerana bebanan tugas dan tanggungjawab di samping kekurangan tenaga 'amlin.
10)tidak bersedia menghadapi halangan dan cabaran dalam perjuangan
11)mendampingi golongan yang tidak berjiwa besar
12) sambil leawa menjalankan tugas sama ada di peringkat individu atau kumpulan
13) terlibat dgn perbuatan maksiat dan jahat terutamanya melakukan dosa kecil serta memandangnya sbg remeh

inilah sebahagian daripada kandungan bab pertama buku ini.. insyaALLAH, jika ada peluang akan di sambung entry ini..

'Di dalam apa shj usaha utk menegakkan kalimah ALLAH di atas muka bumi ini, sudah pasti kita akn dihujani dgn pelbagai ujian. justeru kita perlu membuat persediaan yg lengkap baik dari segi fizikal mahupun spiritual bagi mengelak diri dari terjatuh di tgh2 medan dakwah'




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, May 28, 2011

rindu....

sudah lama rasanya tak buka blog ni.... kekangan masa menyebabkan x sempat nak buka blog ni... dalam masa tu banyak juga benda yang berlaku yang disangka dan tidak disangka. syukur Allah masih bagi peluang untuk hidup.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed