jumpa lagi... jangan lupa muhasabah diri yee... ^-^

~jangan dipinta ringankan ujian tapi pintalah ditingkatkan iman...~

~jangan dipinta ringankan ujian tapi pintalah ditingkatkan iman...~

Sunday, June 20, 2010

Mengapa Bertudung Labuh?

"Mengapa Memakai Niqab?"


Kerana ia bermula begini..

"Orang pakai tudung labuh bukannya baik sangat.."
"Eleh, dia tu, tudung je labuh, tapi bertepuk-bertampar ngan laki, selamba je.."
"Eh, ada apa orang pakai tudung labuh kuar dating?"
"Ala, yang pakai tudung labuh tu.."

Biar saya utarakan persoalan lain yang tidak kurang bezanya dengan persoalan di atas;

"Orang Islam bukan semuanya baik.."
"Tengok Muslim tu, mabuk je keje dia.."
"Kata orang Islam tak boleh main judi, tapi kenapa ramai orang Islam yang penuhkan kedai nombor ekor tu?"

Ada persamaan bukan?
Satu pertikaian bukan? Dan jawapannya sama sahaja > kurangnya Iman dan kefahaman..
Muslim pada nama dan bukan Mu'min pada hati.

Mengapa saya bertudung labuh?

Selain dari konflik jemaah, konflik couple, ini adalah konflik ke-3 terbesar dalam hidup saya. Saya berfikir lagi, kenapa ada perbandingan seperti ini? Adakah pertikaian ini adalah suatu alasan bahawa anda boleh menjadi orang yang baik tanpa bertudung labuh? Mengapa bertudung labuh terlalu signifikan?

Benar, saya mula bertudung labuh sejak saya mula memasuki Tingkatan 1 di MATRI. Ummi dan nenek sebelah ummi saya juga bertudung labuh. Saya tidak nafikan bahawa saya bertudung labuh kerana dorongan dan pengaruh keluarga. Dan saya bertudung labuh kerana peraturan sekolah.

Tapi, berapa ramai yang tidak memakai tudung labuh sejurus keluar dari sekolah?
Berapa ramai ibu dan adik-beradik memakai tudung labuh sedangkan diri tidak?

Bertudung labuh sejak kecil atau pengaruh keluarga bukan persoalannya. Bertudung labuh adalah soal kefahaman. Soal keimanan. Soal kepercayaan.

Ya, saya bertudung labuh kerana saya malu. Malu diperhatikan Allah dalam setiap perbuatan saya. Malu kerana tidak menunaikan tanggungjawab menutup aurat. Saya bertudung labuh kerana saya percaya dengan bertudung labuh saya lebih dikenali sebagai wanita Muslim dan tidak diganggu oleh mata-mata yang tidak ditundukkan.

Bertudung labuh juga adalah soal Ihsan. Membuat sesuatu suruhanNya seolah-olah Dia melihat kamu. Tak guna kalau bertudung labuh, tapi mencuri. Tak guna bertudung labuh tapi mengumpat. Tak guna bertudung labuh tapi pergi berdating dan bercouple. Tak guna bertudung labuh tapi malas datang ke kelas.
Takkan Ihsan pada tudung labuh sahaja? Allah tidak melihat pada pemakaian tudung sahaja..

Saya tidak bermaksud saya menyokong pendapat bahawa bertudung labuh bukannya baik sangat. Tidak. Bahkan bertudung labuh itu lebih baik jika disertakan dengan TAQWA. Saya tidak mahu menyatakan bahawa bertudung labuh lebih baik dari bertudung singkat kerana penilaian Allah 'beyond that thought'. Tetapi bagi saya bertudung labuh adalah bukti saya taat dan patuh dengan suruhan menutup aurat dari Rabb saya dan dengan bertudung labuh mengingatkan saya bahawa saya perlu beradab sebagai seorang Muslimah dan sebagai seorang hamba.

Dan bertudung labuh juga adalah amanah. Secara psikologinya, anda lebih rasa senang memberi amanah pada orang yang bertudung labuh pada kali pertama walaupun anda kurang mengenalinya, bukan? Kalau amanah dirinya dijaga dengan bertudung labuh, apatah lagi perkara lain? Subhanallah, besarnya tanggungjawab..

Fitnah itu ujian.

Baru-baru ini sahabat saya mengutarakan. Aisyah Bukhari yang menghafal Al-Quran dan ayahnya seorang imam telah murtad kerana mengikut teman lelakinya. Berapa agaknya harga sebuah keimanan? Inilah yang dikatakan menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit..

Sekali lagi hati saya ditampar. Sudahlah bertudung labuh dipertikai begitu sekali, ini pula tentang wanita yang menghafal Al-Quran dan dari keluarga yang baik-baik. Fitnah dunia, alangkah sakitnya!

Boleh saja saya berlagak tidak peduli terhadap konflik ini kerana ia sekadar pandangan dan penilaian manusia. Tetapi saya menulis post kali ini untuk menyedarkan dan memberi faham kepada semua sahabat-sahabat saya yang bertudung labuh supaya mereka sedar, segala tindakan yang mereka lakukan perlu berdasarkan rasa takut akan pemerhatian Allah. Bukannya ikut-ikutan, bukan kerana kelihatan menarik, manis dan bukan kerana suka-suka!

Begitu juga memakai niqab. Saya belum lagi menjumpai hadis Rasul S.A.W. yang mewajibkan memakai niqab melainkan Baginda hanya berdiam diri apabila melihat beberapa kumpulan wanita yang memakai niqab kerana rasa malu. Namun, niqab juga adalah soal keimanan, kefahaman dan Ihsan. Pemakaiannya perlu penyertaan jiwa dalam TAQWA.

Andai semua perkara; dari menutup aurat hingga memakai niqab tidak ada penyertaan jiwa, inilah sebab mengapa orang-orang sekeliling mempersoalkan tindakan kita. Inilah titik bermulanya fitnah. Lebih buruk lagi, menghalang mereka dari terus komited untuk berlaku Ihsan dalam setiap tindakan. Al-hasilnya -yang kita lihat sendiri pada hari ini- ramai wanita-wanita tidak lagi ingin komited dalam memelihara aurat dan berlakulah pelbagai penyimpangan akhlak dan tingkah laku seterusnya merosakkan kehidupan wanita-wanita Islam yang sepatutnya menjadi golongan wanita paling mulia dan paling bahagia di dunia!

Kalau tidak komited dengan suruhanNya, hendak komited dengan apa? Komited dengan nafsu dan pandangan-pandangan sendiri? Komited dengan pandangan kawan-kawan, komited dengan pandangan teman lelaki atau boyfriend? Atau tidak komited langsung? Tolong, Yahudi menjadi hebat kerana mereka komited untuk menjatuhkan Islam sedangkan kita masih tidak tahu hendak komited dengan apa?

Masih tidak ada rasa bersalah? Aduhai, hati itu milik Allah..

Wahai wanita Muslim, jadilah bijak dan bahagia dengan petunjuk Al-Quran!

Salah Siapa?

Saya tahu, persoalan-persoalan yang diutarakan adalah kerana sahabat-sahabat saya menjadi keliru dengan tindakan mereka yang bertudung labuh tetapi hakikatnya sama dengan mereka yang bertudung singkat.
Tiada perbezaan. Hairan, pelik dan segala perasaan diluahkan untuk mendapatkan penjelasan saya.

Lebih baik pakai tudung biasa-biasa je, tutup aurat jugak..

Seperti yang telah saya hurai, tidak semua mereka yang bertudung labuh, memakai niqab dan menghafal Al-Quran itu faham mengapa mereka perlu beridentiti seperti itu. Kefahaman pula bukan terbentuk sehari dua, tetapi memerlukan suasana, proses dan paling penting; contoh terbaik.

Tidak keterlaluan jika saya katakan, suasana politik, suasana pendidikan dan suasana media massa sebenarnya banyak menyumbang ketidakfahaman ini. Mereka yang bertanggungjawab menjaga dan mendidik masyarakat tidak lagi mengambil Islam sebagai asas pembetukan peribadi apatah lagi identiti.

Apa-apapun, satu jari ditunjuk menyalahkan sistem, 4 jari menghala kepada diri sendiri. Ya, kalau bukan saya, siapa lagi? Kalau bukan saya, anda semua yang telah faham mengapa perlu komited dengan adab Islam.
Anda faham, maka perlu disampaikan. Anda berdosa jika tidak menyampaikan apa yang anda faham dan tahu. Anda disabitkan kesalahan dosa mandatori!

Walaupun saya tahu, saya bukanlah orang terbaik untuk memberi pandangan, tetapi saya tidak memaksa mereka yang bertudung singkat supaya memakai tudung labuh. Pakailah tudung mana pun, asalkan menutup aurat. Andai ditegur, perhatikan teguran, mungkin perlu pada perubahan.
Jadilah penutup aurat yang terbaik di sisi Allah.

Bagi yang bertudung labuh, ketahuilah, anda sentiasa diperhatikan dalam setiap tindak tanduk. Tidak kira lelaki, perempuan, Muslim, Non-Muslim dan semestinya, Dia Yang Maha Memerhati. Oleh itu, perlu berfikir panjang jika ada keinginan untuk melakukan dosa. Jika tidak tahu, bertanyalah.

(Same goes for those who is wearing or wanted to wear Niqaab..)
Saya dengar, saya faham dan saya patuh..

Yang masih memerlukan teguran sinis atau berhikmah,
Dipersilakan apa saja..
Saya sedia menerima dengan lapang dada, InshaAllah..

Astaghfirullah, Allahumma Inni A'uzubika Minal Qaul Ma La A'maluh..

sumber: http://psychoaficionado.blogspot.com/
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments:

Post a Comment