jumpa lagi... jangan lupa muhasabah diri yee... ^-^

~jangan dipinta ringankan ujian tapi pintalah ditingkatkan iman...~

~jangan dipinta ringankan ujian tapi pintalah ditingkatkan iman...~

Sunday, June 27, 2010

Muslimah Sejati dalam dambaan Setiap Jiwa Wanita

Tahukah anda bagaimana ciri-ciri wanita solehah?


Iaitu ciri-ciri wanita yang diredhai ALLAH. Wanita yang menyejukkan hati mata yang memandang. Bisa menginsafkan dan menundukkan nafsu mereka yang berhati goyah.

(Cerita ini diubahsuai semula berdasarkan saranan dan hukum Al-Quran & Hadis)


Marilah kita bersama-sama perhatikan sekelumit kisah ringkas berikut...
Seorang gadis kecil bertanya kepada ayahnya, "Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah yang sejati?"

Si ayah pun menolehkan mukanya seraya melontarkan senyuman manisnya ke arah anak kecilnya itu.
"Anakku...Seorang muslimah yang sejati bukanlah dilihat dari kecantikan dan keayuan paras wajahnya semata-mata.
Wajahnya hanyalah satu peranan yang teramat kecil sahaja. Tetapi, muslimah yang sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik."

Allah tidak melihat kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada bentuk kalian. Allah hanya melihat kepada hati dan perbuatan kalian. (Hadis riwayat Muslim)

Si ayah terus menyambung.


"Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersonakan, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak manakah kebaikan yang diberikannya, tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya, tetap
i dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujjah kebenaran."


Berdasarkan ayat 31, surah An-Nuur, Abdullah ibn Abbas, Ibn Omar, Atha, Ikramah dan lain-lainnya berpendapat: Seseorang wanita Islam hanya boleh mendedahkan wajah, dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahramnya. (As-Syeikh Said Hawa di d
alam kitabnya Al-Asas fit Tafsir)

"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan (menghairahkan) orang yang ada perasaan dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." (Surah Al-Ahzab : 32)


Si ayah diam sejenak sambil melihat kepada wajah manis puteri kecilnya itu.


"Lantas apa lagi ayah?" Sahut puteri kecil terus ingin tahu.

"Ketahuilah wahai puteriku... Muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatiran dirinyalah yang mengundang orang lain jadi tergoda. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN-nya. Dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan."

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (tidak berzina atau mendekati zina)." (Surah An-Nuur : 31)

"Dan ingatlah anakku...Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul, tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul."

"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya" (Hadis Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi)

Setelah itu si anak kembali bertanya, "Siapakah yang memiliki kriteria seperti itu ayah? Bolehkah saya menjadi sepertinya? Mampukah dan layakkah saya ayah?"

Si ayah memberikannya sebuah buku dan berkata, "Pelajarilah mereka! Supaya kamu berjaya nanti. INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah yang sejati dan wanita yang solehah kelak. Malah, semua wanita boleh."

Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULALLAH

Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga
kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al-Bazzar)

HAH! Tengok tu, isteri Rasulullah beb... bukannya Siti Nurhaliza, bukannya Britney Spears, bukannya Ning Baizura, dan apatah lagi Jennifer 'Kueh Lopez'...

Sumber: http://mizzrufaidah.blogdrive.com/

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, June 26, 2010

AIR MATA WANITA
















Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"

Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak." "Saya tidak mengerti ibu," kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti…"

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?" "Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab. "Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:

"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

MASA


bagi sy masa begitu penting. masa diibaratkan seperti emas. ia adalah sesuatu yg bernilai. setiap saat bg saya adalah penting g saya. sy akan menggunkan masa yg ada dgn sebaiknya. aku hairan dengan org yg sering membuang masa. mereka menganggap masa itu adalah biasa, bukannya sesuatu yg penting.
selain itu, saya juga begitu prihatin terhadap ketetapan menepati waktu. ramai org sering lupa akan hal ini, tp bagi saya ia adalah sesuatu yg sangat penting. sy begitu menghormati org yg menepati masa dan tidak suka kepada org yg sering lambat. mereka sering lambat kerana mengisi waktu yg ada dgn perkara yg tidak berfaedah.

sahabat2ku ayuh kita gunakan masa yg ada dgn sebaiknya. jgnlah kita persiakan masa yg ada dengan perkara yg tidak berfaedah. masa itu emas. masa tidak akan berulang.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, June 23, 2010

.:Keistimewaan Rejab:.


Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab
akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."



Maka,tunggu apa lagi? Ayuh! Kita sama-sama mengejar redha ALLAH...mungkin ini Rejab yang terakhir??..Hargai saat ini kerana esok belum tentu utk kita....Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan hamba2 ALLAH yang beriman...ameen.

Bersama-sama menuju mardhatillah...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, June 20, 2010

Mengapa Bertudung Labuh?

"Mengapa Memakai Niqab?"


Kerana ia bermula begini..

"Orang pakai tudung labuh bukannya baik sangat.."
"Eleh, dia tu, tudung je labuh, tapi bertepuk-bertampar ngan laki, selamba je.."
"Eh, ada apa orang pakai tudung labuh kuar dating?"
"Ala, yang pakai tudung labuh tu.."

Biar saya utarakan persoalan lain yang tidak kurang bezanya dengan persoalan di atas;

"Orang Islam bukan semuanya baik.."
"Tengok Muslim tu, mabuk je keje dia.."
"Kata orang Islam tak boleh main judi, tapi kenapa ramai orang Islam yang penuhkan kedai nombor ekor tu?"

Ada persamaan bukan?
Satu pertikaian bukan? Dan jawapannya sama sahaja > kurangnya Iman dan kefahaman..
Muslim pada nama dan bukan Mu'min pada hati.

Mengapa saya bertudung labuh?

Selain dari konflik jemaah, konflik couple, ini adalah konflik ke-3 terbesar dalam hidup saya. Saya berfikir lagi, kenapa ada perbandingan seperti ini? Adakah pertikaian ini adalah suatu alasan bahawa anda boleh menjadi orang yang baik tanpa bertudung labuh? Mengapa bertudung labuh terlalu signifikan?

Benar, saya mula bertudung labuh sejak saya mula memasuki Tingkatan 1 di MATRI. Ummi dan nenek sebelah ummi saya juga bertudung labuh. Saya tidak nafikan bahawa saya bertudung labuh kerana dorongan dan pengaruh keluarga. Dan saya bertudung labuh kerana peraturan sekolah.

Tapi, berapa ramai yang tidak memakai tudung labuh sejurus keluar dari sekolah?
Berapa ramai ibu dan adik-beradik memakai tudung labuh sedangkan diri tidak?

Bertudung labuh sejak kecil atau pengaruh keluarga bukan persoalannya. Bertudung labuh adalah soal kefahaman. Soal keimanan. Soal kepercayaan.

Ya, saya bertudung labuh kerana saya malu. Malu diperhatikan Allah dalam setiap perbuatan saya. Malu kerana tidak menunaikan tanggungjawab menutup aurat. Saya bertudung labuh kerana saya percaya dengan bertudung labuh saya lebih dikenali sebagai wanita Muslim dan tidak diganggu oleh mata-mata yang tidak ditundukkan.

Bertudung labuh juga adalah soal Ihsan. Membuat sesuatu suruhanNya seolah-olah Dia melihat kamu. Tak guna kalau bertudung labuh, tapi mencuri. Tak guna bertudung labuh tapi mengumpat. Tak guna bertudung labuh tapi pergi berdating dan bercouple. Tak guna bertudung labuh tapi malas datang ke kelas.
Takkan Ihsan pada tudung labuh sahaja? Allah tidak melihat pada pemakaian tudung sahaja..

Saya tidak bermaksud saya menyokong pendapat bahawa bertudung labuh bukannya baik sangat. Tidak. Bahkan bertudung labuh itu lebih baik jika disertakan dengan TAQWA. Saya tidak mahu menyatakan bahawa bertudung labuh lebih baik dari bertudung singkat kerana penilaian Allah 'beyond that thought'. Tetapi bagi saya bertudung labuh adalah bukti saya taat dan patuh dengan suruhan menutup aurat dari Rabb saya dan dengan bertudung labuh mengingatkan saya bahawa saya perlu beradab sebagai seorang Muslimah dan sebagai seorang hamba.

Dan bertudung labuh juga adalah amanah. Secara psikologinya, anda lebih rasa senang memberi amanah pada orang yang bertudung labuh pada kali pertama walaupun anda kurang mengenalinya, bukan? Kalau amanah dirinya dijaga dengan bertudung labuh, apatah lagi perkara lain? Subhanallah, besarnya tanggungjawab..

Fitnah itu ujian.

Baru-baru ini sahabat saya mengutarakan. Aisyah Bukhari yang menghafal Al-Quran dan ayahnya seorang imam telah murtad kerana mengikut teman lelakinya. Berapa agaknya harga sebuah keimanan? Inilah yang dikatakan menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit..

Sekali lagi hati saya ditampar. Sudahlah bertudung labuh dipertikai begitu sekali, ini pula tentang wanita yang menghafal Al-Quran dan dari keluarga yang baik-baik. Fitnah dunia, alangkah sakitnya!

Boleh saja saya berlagak tidak peduli terhadap konflik ini kerana ia sekadar pandangan dan penilaian manusia. Tetapi saya menulis post kali ini untuk menyedarkan dan memberi faham kepada semua sahabat-sahabat saya yang bertudung labuh supaya mereka sedar, segala tindakan yang mereka lakukan perlu berdasarkan rasa takut akan pemerhatian Allah. Bukannya ikut-ikutan, bukan kerana kelihatan menarik, manis dan bukan kerana suka-suka!

Begitu juga memakai niqab. Saya belum lagi menjumpai hadis Rasul S.A.W. yang mewajibkan memakai niqab melainkan Baginda hanya berdiam diri apabila melihat beberapa kumpulan wanita yang memakai niqab kerana rasa malu. Namun, niqab juga adalah soal keimanan, kefahaman dan Ihsan. Pemakaiannya perlu penyertaan jiwa dalam TAQWA.

Andai semua perkara; dari menutup aurat hingga memakai niqab tidak ada penyertaan jiwa, inilah sebab mengapa orang-orang sekeliling mempersoalkan tindakan kita. Inilah titik bermulanya fitnah. Lebih buruk lagi, menghalang mereka dari terus komited untuk berlaku Ihsan dalam setiap tindakan. Al-hasilnya -yang kita lihat sendiri pada hari ini- ramai wanita-wanita tidak lagi ingin komited dalam memelihara aurat dan berlakulah pelbagai penyimpangan akhlak dan tingkah laku seterusnya merosakkan kehidupan wanita-wanita Islam yang sepatutnya menjadi golongan wanita paling mulia dan paling bahagia di dunia!

Kalau tidak komited dengan suruhanNya, hendak komited dengan apa? Komited dengan nafsu dan pandangan-pandangan sendiri? Komited dengan pandangan kawan-kawan, komited dengan pandangan teman lelaki atau boyfriend? Atau tidak komited langsung? Tolong, Yahudi menjadi hebat kerana mereka komited untuk menjatuhkan Islam sedangkan kita masih tidak tahu hendak komited dengan apa?

Masih tidak ada rasa bersalah? Aduhai, hati itu milik Allah..

Wahai wanita Muslim, jadilah bijak dan bahagia dengan petunjuk Al-Quran!

Salah Siapa?

Saya tahu, persoalan-persoalan yang diutarakan adalah kerana sahabat-sahabat saya menjadi keliru dengan tindakan mereka yang bertudung labuh tetapi hakikatnya sama dengan mereka yang bertudung singkat.
Tiada perbezaan. Hairan, pelik dan segala perasaan diluahkan untuk mendapatkan penjelasan saya.

Lebih baik pakai tudung biasa-biasa je, tutup aurat jugak..

Seperti yang telah saya hurai, tidak semua mereka yang bertudung labuh, memakai niqab dan menghafal Al-Quran itu faham mengapa mereka perlu beridentiti seperti itu. Kefahaman pula bukan terbentuk sehari dua, tetapi memerlukan suasana, proses dan paling penting; contoh terbaik.

Tidak keterlaluan jika saya katakan, suasana politik, suasana pendidikan dan suasana media massa sebenarnya banyak menyumbang ketidakfahaman ini. Mereka yang bertanggungjawab menjaga dan mendidik masyarakat tidak lagi mengambil Islam sebagai asas pembetukan peribadi apatah lagi identiti.

Apa-apapun, satu jari ditunjuk menyalahkan sistem, 4 jari menghala kepada diri sendiri. Ya, kalau bukan saya, siapa lagi? Kalau bukan saya, anda semua yang telah faham mengapa perlu komited dengan adab Islam.
Anda faham, maka perlu disampaikan. Anda berdosa jika tidak menyampaikan apa yang anda faham dan tahu. Anda disabitkan kesalahan dosa mandatori!

Walaupun saya tahu, saya bukanlah orang terbaik untuk memberi pandangan, tetapi saya tidak memaksa mereka yang bertudung singkat supaya memakai tudung labuh. Pakailah tudung mana pun, asalkan menutup aurat. Andai ditegur, perhatikan teguran, mungkin perlu pada perubahan.
Jadilah penutup aurat yang terbaik di sisi Allah.

Bagi yang bertudung labuh, ketahuilah, anda sentiasa diperhatikan dalam setiap tindak tanduk. Tidak kira lelaki, perempuan, Muslim, Non-Muslim dan semestinya, Dia Yang Maha Memerhati. Oleh itu, perlu berfikir panjang jika ada keinginan untuk melakukan dosa. Jika tidak tahu, bertanyalah.

(Same goes for those who is wearing or wanted to wear Niqaab..)
Saya dengar, saya faham dan saya patuh..

Yang masih memerlukan teguran sinis atau berhikmah,
Dipersilakan apa saja..
Saya sedia menerima dengan lapang dada, InshaAllah..

Astaghfirullah, Allahumma Inni A'uzubika Minal Qaul Ma La A'maluh..

sumber: http://psychoaficionado.blogspot.com/
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, June 15, 2010

KONSERT SHOUTUL HAROKAH

baru2 ni aku berpeluang ke konsert shoutul harokah di yayasan khairiah...
konsert ni mmg best....
ahli2 kumpulan ni berjaya membuatkan penonton mempunyai semangat jihad ingin bebaskan palestin yang tinggi...
mmg best..
walaupun hujan, sume ttp bersemangat hingga basah kuyup...
d sana ku jumpa ramai teman2 n guru2 ku masa sekolah dulu
seronok sangat sbb dh lama x jumpa...

*sedikit gmbr sekitar konsert berlangsung
















*persembahan bersemangt oleh pelajar yayasan khairiah...


















*penuh bersemangt































Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, June 13, 2010

FIKIR-FIKIRKAN

Sekarang couple menjadi satu trend.

Ia menjadi 1 keperluan, mereka yg tak couple d anggap pelik..

Mlah ramai yg asyik memikir2 jika tak couple

Ramai yg risau, mereka anggap tak laku kalau tak couple..

Semua sibuk cari pasangan

Ada yang sanggup terima sapa saja

Tanpa periksa latar belakang n asal usul

Hal ini adalaah 2 perkara yg serius

Umat islam hari ini telah berjaya di manipulasikn oleh pihak barat

Mereka telah berjaya menghalalkan yg haram

Konsep matlamat tidak menghalalkan cara sudah diketepikan..

Ketika aku sedang melayari internet

Terjumpa 1 artikel yg ku kira bagus untuk mereka yg mengahdapi atau bakal hadapi masalah ini...

Di harap sume dapat hayatinya...

Sekali lagi ku ingatkan MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA

TO: TEMANKU SAYANG

FROM: TEMAN YANG MENYAYANGIMU LEBIH DARI DIRINYA...FILLAH


Tolong beritahu si dia aku ada pesanan
buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung
adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia
bakal membuatnya alpa..


Tolong nasihati sia dia, jangan
menyintaiku lebih dari dia menyintai
Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan
mengingatiku lebih dari dia mengingati
Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan
mendoakanku lebih dari dia mendoakan
ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan
Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan
ibu bapanya kerana di telapak itu
syurganya..

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat
kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia, aku lebih
cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya
kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula
mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia
tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu
mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang
Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, aku masih
milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia,
tanggungjawabnya besar kepada
keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap
cinta di kala cita-cita belum
terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini
enggan dirapati kerana menjaga batasan
cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak
menjadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya, aku tidak mahu
menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya, aku tak mahu
menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya, aku membiarkan
Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia, aku
tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu
dia berjaya dalam impian dan cita-
citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah
penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia, aku
mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta
kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan
ini terjaga selagi dia menjaga
hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana
aku tidak mampu memberitahunya
sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa
si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau
aku sendiri tidak mengetahui siapa dan
dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa
memuji keagungan Yang Maha Kuasa
memasuki taman larangan dengan sopan.......
santunnya dan bertemu mawar berduri
yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga
engkau bertemu diriku suatu hari
nanti..


------------------------------------
Pelihara dirimu wahai shbt2 ku baik muslimin mahupun muslimat. Berusahalah utk membina baitul muslim
dalam iman kepadaNya . Islam itu indah, penuh dengan kasih sayang. Binalah kasih sayang sesama insan yang membawa kepada redhaNya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

SAHABAT

Ungkapan yang sering di sebut2...
Mudah untuk di ungkapkan
Adakah untuk mencarinya semudah ungkapannya???
Satu persoalan yang sering menjadi tanda tanya..
Adakah sahabat n kawan adalah orang yang sama??

Bagiku sahabat sejati bukan mudah untuk di cari,
Kita tak akan temui di mana2
Sahabat sejati adalah sahabt yang sentiasa menyokong kita
Walaupun tidak selalu berjumpa,
Tp nasihatnya sering bersamaku...
Ketika ku sedih dia muncul memberi pertolongan..
Aku harap aku akan temuinya..
Jikalau ku dah temui...
Kekalkanlah ia sebagai sahabatku...
Ya ALLAH hanya kepadamu ku berharap
Ku harap sahabat sejati dunia n akhirat..

Kawan memang mudah di cari
Di mana-mana sahaja
Kita kan temui kawan
Kawan semasa gembira memang ramai
Tp kawan semasa susah??
memang susah untuk di jawab
Kerana ???????
Segalanya sukar untuk di jawab...

Kepada semua diri kita sendiri lah
Yang menilainya
Jika telah temui sahabat janganlah sia2kn
Kerana bukan mudah untuk mencari sahabt sejati..

” orang yg paling lemah ialah sesiapa yg tidak mampu mencari shbt utk dirinya,
Manakala org yg paling lemah dlm kalangan org yg lemah ialah
Sesiapa yg telah mendpt shbt namun begitu shbt tersebut ditinggalkanya,,
RENUNG2KANLAH....................

*buat sume sahabtku, thanks to be my friends..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, June 12, 2010

ALHAMDULILLAH…

Akhirnya, Berjaya juga aku menyiapkan blog ini.

Sudah lama aku ingin menyiapkan blog ini tetapi kekangan masa menyebabkan segalanya tidak berjaya untuk disiapkan.

Bersyukur kerana aku berjaya menyiapkan ...

Aku akan gunakan blog ini sebaiknya...

Aku akan gunakan sebaiknya...

Kepada sahabat2 semua harap dapat beri tunjuk ajar sebab aku baru berjinak-jinak dengan dunia blog ini...

May this blog being well used in a silent jihad of the truth.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed